Siapa tak suka benda FREE kan?

Saturday, November 14, 2015


Assalamualaikum wbt

Hari cuti siang hari dipenuhi dengan pelbagai kerja-kerja mengemas. Malam baru sempat nak tengok sini, itupun sebab si kecil dah tidur keletihan.

Malam ni nak cerita pasal benda FREE....PERCUMA...
Semua orang suka kalau dapat benda percuma. Aku pun suka. Tapi kadang-kadang benda percuma ni kita tak hargai sebab tiada usaha yang kita keluarkan untuk dapatkan benda tersebut.

Korang perasan tak sebenarnya dalam kehidupan seharian kita, banyak benda percuma yang kita dapat. Benda-benda percuma ni adalah sebenarnya yang membentuk diri dan persekitaran kita. Apa yang percuma?

1. Pelukan kasih sayang daripada suami/isteri, anak-anak, ibubapa. Anak-anak bila mendapat pelukan daripada ibu/bapa merasa mereka dihargai dan disayangi. Begitu juga antara kita dan suami/isteri. 

2. Senyuman. Tak perlu sebarang bayaran untuk kita lemparkan senyuman pada orang-orang yang kita kenali mahupun pada mereka yang bersama-sama dengan kita. Senyuman itukan satu sedekah. Bukan sahaja percuma, malah kita mendapat pahala pulak.

3. Berkawan juga tidak memerlukan apa-apa bayaran. Kecuali kalau berkawan dengan mereka yang mata duitan. Berkawan dengan kita bila kita berwang, tapi jauh meninggalkan kita bila kita tidak punya apa-apa.


Siapa tak suka benda free kan?, free, percuma, kasih sayang
kredit to chibird.tumblr.com


Banyak lagi benda-benda percuma yang memang kita nikmati setiap hari samada kita sedar atau tidak.  Hargailah ia....Tidak semua benda percuma perlu dikaitkan dengan wang ringgit. Sayangi ia kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita.

You Might Also Like

2 comments

  1. betul tu azie, perkara2 di atas memang tiada nilai harganya untuk kita :) well said.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook