Resepi Mudah Pengisi Hujung Minggu dan Petang Hari Anda...

Monday, November 30, 2015


Assalamualaikum wbt

Hujung minggu dipenuhi dengan edisi masak-masak sebab en hubby kena kerja. Tinggallah kami anak beranak berehat santai kat rumah. Selesai iron baju tiga trip, penuh almari balik. Tak lama tu, sehari dua menggunung balik lah baju nak kena iron. 

Masak apa hujung minggu?...Simple-simple ajer memenuhi perut yang kelaparan.

Kuih keria gula putih. Hmmm..kawan aku post gambar kuih keria antarabangsa yang popular di Melaka. Kuih keria bersalut gula merah. Terus teringat suatu ketika dulu, itulah favorite kami adik beradik. Boleh dikatakan hampir setiap minggu mak mesti buatkan untuk kami. Tapi kat utara ni coq keria bersalutkan gula putih. Mula-mula agak janggal juga tapi sekarang nipun dah kategori favorite jugak.

Resepi mudah minum petang, hujung minggu, kuih keria, pajeri nenas, kambing bakar


Nak resepi?....Mudah ajer tengok kat sini COQ KERIA 

Terus, apa lagi yang dimasak?

Untuk tengahari kita masak pajeri nenas. Sementelah, ada 2 biji nenas yang dah agak masak ranum yang perlu diselesaikan segera. Tak perlu fikir panjang, barang-barang semua dah sedia ada, sinsing lengan kupas nenas.

Resepi mudah minum petang, hujung minggu, kuih keria, pajeri nenas, kambing bakar


Resepi, korang jengok sini  PAJERI NENAS 

Last sekali, layan penambah selera. Kambing bakar. Tak perlu side dish dah, bakar kambing ni potong-potongkan tabur sos ladahitam, gaul-gaulkan...siap dah boleh makan dengan nasi panas-panas. Kat mana nak dapat stok kambing perap?...yang ti korang pm aku jer....stok kambing perap  ZULL GRILL N SPIES. Click untuk dapatkan lokasi penjual.

Resepi mudah minum petang, hujung minggu, kuih keria, pajeri nenas, kambing bakar


Mudahkan menghabiskan hujung minggu?.....

You Might Also Like

2 comments

  1. salam dear..

    sedap2 weiii.. teringin tekak dengan kambing bakar tu.. drooling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..alhamdulillah kak...kambing tu hasil usaha sendiri....memang tempting ..

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook