Resepi Mudah Bergedil Daging

Monday, November 16, 2015


Assalamualaikum wbt

Bila dah tak tahu nak masak apa, selalu cari resepi yang mudah-mudah untuk disediakan. Dah lama teringin nak buat sendiri bergedil daging ni, tetiba hari tu en hubby request suruh buat. Siap semua bahan disediakan, maka kenalah juga akak merajinkan diri membuatnya. Bukan susahpun sebenarnya.

resepi mudah bergedil daging, daging kisar, resepi mudah


Bahan-bahan 

1 cawan daging cincang atau beli saja daging kisar di pasaraya
3 biji kentang (sederhana besar) - rebus dan lenyek
daun bawang & daun sup - potong 
lada sulah
lada hitam kisar
tepung gandum 
tepung jagung
garam
telur

Sukatan untuk setiap bahan yang lain tu adalah mengikut banyak mana yang korang nak buat, atau erti kata lain, agak-agak ajer la. Cara buatnya pun mudah saja. Campurkan kentang lenyek dengan daging kisar, gaulkan. Masukkan daun bawang dan daun sup beserta dengan serbuk lada sulah dan lada hitam kisar. Kedua-dua lada ini tak perlu banyak, nanti pedas pulak.  Tepung jagung dan tepung gandum tu, agak-agak untuk jadikan adunan tidak berderai. Kalau letak banyak sangat nanti jadi cekodok pulak. Garam jangan lupa.

Siap semua, bentuk-bentukkan lah mengikut citaras korang. Nak bulat leper ke...nak segi leper ker....Lepas tu, panaskan minyak. Sebelum tu korang kenalah pecahkan telur dan kacau macam nak buat telur dadar tu. Bila minyak dah panas, ambil satu-satu adunan yang korang dah bentuk tadi dan celup dalam telur. Kemudian gorengkan. Balikkan hati-hati sebab ianya adalah sangat lembut. Gorenglah sampai habis.

Dah siap bolehlah makan dengan nasi atau makan cicah dengan sos. Aku buat ni agak lembut sedikit tapi yang penting sedap.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook