Assalamualaikum wbt

Pernah makan peria?
Peria ni pahit rasanya. Tapi yang pahit itulah banyak khasiatnya.  Biasanya kalau ke pasar malam peria ni dijual RM6 sekilo. Semalam en hubby terjumpa Rm2 sekilo. Apa lagi membelilah dia. Oleh kerana rasanya yang agak pahit jadi ianya bukan lah menjadi sayur `favorite' kat rumah ni. Tapi bila dah masak kena makan. 2 cara masakan yang biasa kami buat ialah peria goreng telur dan peria goreng tepung. 

Oleh kerana rasanya yang agak pahit, kebiasaan selepas dipotong/hiris nipis peria ini akan direndam di dalam air garam.  Rendamlah selama 5-10 minit untuk mengurangkan rasa pahit.

mudahnya memasak peria goreng tepung, khasiat peria



Peria goreng tepung ni mudah ajer penyediaannya. Aku gunakan tepung tempura dan celupkan peria yang telah dipotong nipis. Goreng agak garing. Makan begitu ajer pun sedap, makan dengan nasi pun ok jugak.

Antara khasiat bagi peminat peria :

1. Meningkatkan imunisasi
 Rebus buah peria ini dalam air kemudian minum air rebusan tersebut setiap hari untuk melawan berbagai jangkitan dan penyakit. Tidak hanya itu, buah peria juga kaya akan vitamin C, yang merupakan antioksidan kuat untuk membantu menghilangkan radikal bebas dari tubuh.
2. Mengatasi jerawat - buah peria boleh juga membantu mengurangi jerawat dan membersihkan tubuh secara dalaman dan semulajadi. 
3. Membantu mengubati diabetes
Sayuran berwarna hijau ini mengandung phytonutrient, polipeptida-P, yang merupakan insulin tanaman untuk mengurangi kadar gula darah. 
4. Mencegah penyakit jantung
Buah peria ini juga bagus untuk mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh. Mengambil jus buah peria secara teratur boleh membuat hidup anda bebas penyakit dan menikmati kehidupan lebih panjang.

5 Comments

  1. SA pernah minum jus peria campur pegaga campur epal...memang nauzubillah rasanya tapi bagus utk detox...sekjap je lega perut...

    ReplyDelete
  2. feveret sue ni peria ni,rendam air garam buat ulam cicah budu pun ok heheh tapi husband tak makan,so makan la sorang2 heheheh

    ReplyDelete
  3. saya tak makan peria ni,, tapi kalau peria boleh jadi macam ni dan sedap boleh lah cuba resepi ni insha Allah,,

    ReplyDelete
  4. sedap juga kan azie, selalu makan kat kedai makan,buat sendiri tak pernah lagi :)

    ReplyDelete