Mudahnya Memasak Ikan Goreng Cili

Wednesday, November 25, 2015


Assalamualaikum wbt

Sejak kebelakangan ni, aku dan family tak berapa berminat dengan sajian makan yang ada ayam. Beralih arah pada ikan dan seafood yang lain. Mulanya aku ingatkan aku ajer, rupa-rupanya hubby pun sama. Betapa sehati sejiwa nye kami ...hehehe
Anak-anak ikut ajer apa yang disediakan.

Bila buat sajian berasaskan ikan, macam-macam sebenarnya yang korang boleh buat sebab ikan ada bermacam-macam jenis ikan dan ada setengah ikan tak sesuai untuk sesetengah masakan. Aku nak share satu resepi mudah masak ikan. 

mudahnya memasak ikan goreng cili, resepi mudah, ikan goreng cili


Ikan Temenung/Selar Goreng Cili

3 ekor Ikan temenung @ ikan selar
4 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah
1 batang serai
3 biji cili merah
4-5 biji cili padi
* bawang, cili dan serai ini perlu dikisar jangan halus sangat.
Kicap cair

Goreng ikan jangan terlalu garing. Ketepikan.

Tumiskan bahan yang dikisar tadi sampai garing. Masukkan sedikit air supaya tumisan tidak terlalu kering. Masukkan sedikit kicap cair, garam dan gula. Ikut rasa masing-masing.
Bila dah siap, masukkan ikan yang telah digorengkan dan gaulkan.

Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas dan sup cendawan.

Haa.....boleh lah masak untuk makan malam nanti...

You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook