Majlis BBQ Pelajar dan Ibubapa

Friday, November 06, 2015


Assalamualaikum wbt

Tajuk entry macam bergelar guru pula..hehe..
Majlis sebenarnya telah diadakan di sekolah abang irfan. Jamuan akhir tahun merangkap meraikan anak-anak yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan PT3. Tahun-tahun sebelum ni, jamuan pelajar tidak melibatkan kehadiran ibu bapa. Tahun ini sedikit kelainan dibuat di mana ibu bapa yang bekerjasama merancang dan mengadakan jamuan untuk anak-anak ini. Anak masing-masing jugak kan!!

Dalam masa terhad, buat perancangan pun yang simple dan mudah dilaksanakan. Gerak kerja diketuai oleh salah seorang ajk pibg sekolah. Masing-masing dengan kerja di siang hari maka perancangan dibincangkan dalam group wasap ajer waktu lunch atau pun lepas waktu kerja. Masing-masing beri kerjasama yang baik dari segi perancangan menu, kutipan bagi yang ingin menyumbang, mencari penyedia makanan, membeli barang-barang keperluan dan sebagainya. Walaupun tak dapat melibatkan ramai parents pelajar, terutama yang berada jauh tapi sambutan masih menggalakkan. BBQ buat kat kantin sekolah ajer.

majlis bbq pelajar dan ibu bapa, aktiviti pibg, jamuan akhir tahun

Deko semua anak-anak yang sediakan dengan tema `Anak Kampung'. Bebas anak-anak berpakaian mengikut keselesaan mereka.

Antara juadah yang disediakan ialah nasi goreng cina, sate, ABC, ayam percik, kambing bakar dan beberapa menu ringan yang lain. Aku dan hubby awal-awal angkat tangan untuk penyediaan kambing bakar dan salad epal pegaga. Senang sediakan benda yang memang kita mahir penyediaannya. 

majlis bbq pelajar dan ibu bapa, aktiviti pibg, jamuan akhir tahun

Aktiviti membakar ayam percik.

majlis bbq pelajar dan ibu bapa, aktiviti pibg, jamuan akhir tahun

Bahagian yang menjadi tumpuan walaupun hari hujan tetap berbaris panjang.

majlis bbq pelajar dan ibu bapa, aktiviti pibg, jamuan akhir tahun

Sate menu yang paling popular bila ada aktiviti bbq

majlis bbq pelajar dan ibu bapa, aktiviti pibg, jamuan akhir tahun

Yang paling meriah kat bahagian kambing bakar. Berebut-rebut budak-budak ni nak tolong bakar. En Hubby jadi mandur la malam tu ajar budak-budak ni bakar kambing. Sambil bakar masuk mulut hehhee..

Sebagai selingan beberapa kumpulan pelajar  membuat persembahan ringkas. Mak ayah pun ambil peluang berkenal-kenalan, maklumlah dah hampir 3 tahun anak-anak di sekolah tu tapi ada di kalangan kami ni tak kenalpun antara satu sama lain. Walaupun dalam hujan tak berapa lebat, perjalanan program tersebut agak meriah. Masing-masing saling bantu membantu.

Acara yang paling anak-anak tunggu adalah cabutan bertuah. Cabutan bertuah disediakan untuk anak-anak sahaja. Ada antara hadiahnya disponser oleh ibu bapa yang hadir. Dah nama pun budak-budak meningkat remaja, memang riuh la setiap kali nombor dipanggil.  Selain itu, semua yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan 3 lagu daripada kumpulan pancaragam sekolah yang melibatkan pelajar tingkatan 3.  Teringat masa diri sendiri bergelar pelajar.....

majlis bbq pelajar dan ibu bapa, aktiviti pibg, jamuan akhir tahun

Bila budak-budak ni mainkan lagu frozen, penuh bahagian hadapan sambil kawan-kawan lain tolong sumbang suara beramai-ramai. Memang meriah la....

Program berakhir sebelum jam 11 malam. 1130 malam, anak-anak pelajar kena masuk asrama semula. Walaupun sedikit kelonggaran diberi pada mereka tetapi peraturan masih tetap kena patuh.  Selesai semua, kami sama-sama juga mengemas kawasan kantin yang digunakan. Bila buat ramai-ramai sekejap ajer siap.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Semuanya puashati terutama anak-anak. Senyuman masing-masing terpancar tanda seronok tambahan lagi kebanyakannya daripada mereka menerima kehadiran ibubapa masing-masing. Aku salute ibu bapa yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak meraikan malam tersebut dengan anak-anak ini. In sha Allah ada lagi 2 tahun bersama sebelum mereka meneruskan perjuangan masing-masing.


You Might Also Like

4 comments

  1. anak2 seronok kita pun happy kan :)

    ReplyDelete
  2. Huntung budak2 sekarang..ada bbq bagai..majlis graduasi tamat darjah 6 la..konvo tabika la..masa kita sekolah dulu, x de rasanya..

    ReplyDelete
  3. kita akan rasa seronok bila anak-anak seronok kan?

    ReplyDelete
  4. Seronok baca..untung sekolah tu ada ibu bapa yg sanggup bersusah payah merancang jamuan anak2 mereka...usaha sebegini yg sepatutnya diikuti oleh ibu bapa yg lain...tahniah

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook