Jangan Lupa Ajarkan Anak-Anak

Friday, November 06, 2015


Assalamualaikum wbt

Bila hari jumaat, handphone aku ni kerap deringannya dari pagi sampai ke petang nanti. Kebanyakannya panggilan daripada rumah. Anak-anak semua cuti di Kedah, mak dia kerja macam biasa sebab lokasi di Penang....hahha...gitulah kehidupan aku bila rumah di kedah,kerja kat penang....dok kat border 2 negeri.

Mujur anak-anak memahami dan dah boleh diharap terutama si kakak.  Pagi-pagi boleh dah sediakan sarapan ringkas untuk adik-adik kalau aku tak sempat sediakan waktu pagi. Biasanya yang ringkas-ringkas ajer...nudget, roti bakar, telur goreng. Kira dah boleh diharap. Rumah pun dah boleh lah tolong kemas, mop lantai, basuh baju...lega lah sikit mak dia bila balik rumah. Arahan diberi dan diterima melalui panggilan telefon ajer. Ayah bertindak sebagai pemantau bila berkesempatan ulang alik ke rumah memandangkan lokasi kerja hubby berdekatan area kediaman kami.

Itulah perlunya kita turunkan serba sedikit tunjuk ajar pada anak-anak ni agar mereka ringan tulang membantu kerja-kerja di rumah, terutama pada ibu bapa bekerja. Dulu aku memang ada maid, tapi sebab macam-macam hal melanda, kami nekad biarlah buat semua sendiri. Dah hampir 3 tahun dah semua urusan atas bahu kami. Konsep sharing antara aku, hubby dan anak-anak. Mula-mula tu liat jugak lah budak-budak ni nak turun padang sekali, al maklum dah biasa dibantu. Tapi bila masing-masing dah makin faham, mereka pun dah tahu apa tugas yang mereka perlu buat.  Bila irfan masuk ke sekolah asrama, nampak perubahan makin ketara...semakin ringan tulang bila minta bantuan. Mungkin life di asrama mengajar dia lebih berdikari.

jangan lupa ajar anak-anak, kerja rumah, house keeping
credit to google


Sekarang ni dalam proses ajar masakan yang simple-simple pulak tapi kena pastikan masakan tu kena dengan selera mereka, barulah cepat ajer mereka terima ilmu. Sebagai penghargaan atas bantuan yang diberi, ibu ayah kenalah sesekali bawa mereka ke tempat yang digemari atau yang paling mudah, pelaburan sedikit dikedai buku kegemaran mereka.....

You Might Also Like

6 comments

  1. setuju tu..alhamdulillah walaupun anak akak lelaki dia ringan tulang bila minta tlong ...maybe sbb dah ajar dari awal lagi kot..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena ajar awal baru mudah nak minta bantu

      Delete
  2. setuju sgt..sy anak sulung, masa darjah 5 mak dah ajar sikit2 cara kemas rumah n masak simple2 mcm nasi goreng..so, bila dh besar taklah malas harap kat org sgt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kebaikan sendiri juga kan....boleh juga mudahkan kerja ibu..

      Delete
  3. mcm tu la mak ajar Ain dulu.. nak tak nak kena belajar sebab adik2 kechik, mak berniaga kantin, ayah keje makan gaji.. huhuhuuu..

    tp banyak manfaat utk jangka panjang kpd anak2.. kecil2 dh diajar tentang tanggungjawab... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ain...lama-lama pandai la. Nanti kalau kena hidup sendiri dah boleh berdikari.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook