Gegar Vaganza

Assalamualaikum wbt

Korang tengok rancangan Gegar Vaganza tak?
Aku baru jer 2 minggu follow rancangan ni. Tertarik sebab majoriti peserta tu memang hebat zaman aku mengikuti cerita-cerita artis dulu. Ye lah masa sekolah dan belajar dulu kan radio jadi peneman bila nak siapkan kerja sekolah, nak siapkan assignment. Dulu la, sekarang ni bila dengar lagu-lagu yang anak-anak suka dengar..memang akak geleng kepala la...tak boleh masuk...hehehehe....

Apa yang menarik pada aku rancangan ni ialah gandingan mantap mengacaranya iaitu Nabil dan Jihan. Semua orang tahu, kedua-duanya adalah berasal daripada rancangan lawak. Bila gandingan mantap maka rancangan pun jadi `hidup'....tak boring. Bayangkan lah Dato Ramli yang selalu kelihatan serius tu pun boleh banyak cakap bila kena usik dengan nabil dan jihan. Tahniah pada producer kerana memilih pengacara yang berkesan. Pengacara ni memainkan peranan penting dalam apa juga rancangan...betul tak? Siapa yang tak setuju dengan aku?

gandingan mantap gegar vaganza, gegar vaganza, nabil, jihan


Pada korang yang takde kerja atau sambil rehat-rehat di hari minggu..boleh lah layan rancangan ni.

4 Comments