Freeport A'Famosa Outlet - JPO Melaka mula beroperasi

Monday, November 30, 2015


Assalamualaikum wbt

Berita gembira untuk orang-orang Melaka yang suka bershopping...baru-baru ini JPO Melaka telah mula beroperasi. Bertambah-tambahlah pilihan untuk orang-orang di selatan untuk membeli belah, di mana sebelum ini telah ada JPO Johor dan Mitsui Outlet Park di KLIA.

Dan ini adalah tempat-tempat yang seboleh mungkin untuk aku elakkan bila balik kampung hehehe....kempis poket akak nanti. Tapi aku teringin jugak nak berkunjung ke Freeport A'Famosa ni sebab daripada gambar-gambar yang dimuatturun di media sosial, persekitarannya nampak cantik untuk foto shooting.

Freeport A'Famosa Outlet - JPO Melaka mula beroperasi, jpo melaka
credit to jurugambar berita harian.


Freeport A'Famosa Outlet - JPO Melaka mula beroperasi, jpo melaka
credit to jurugambar berita harian


Freeport A'Famosa Outlet - JPO Melaka mula beroperasi, jpo melaka
credit to jurugambar berita harian


Tak caye?...cuba korang tengok ni. Gambar-gambar ni semua aku ambik di berita harian online. Tumpang promo....nanti bila balik kampung aku singgah bergambar....

Untuk yang berminat, lokasi jpo melaka ni adalah di A Famosa Resort, Alor Gajah. Wahhh..lepas ni bertambah sesaklah Alor Gajah. 

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook