Bubur Asyura Edisi Utara

Wednesday, November 04, 2015

Bubur Asyura

Assalamualaikum wbt

Pernah makan bubur asyura? Kalau di kampung aku kat Melaka tu, bubur asyura macam rupa bubur lambuk. Tapi kat utara ni bubur asyura dia macam kuih bengkang. Masa mula-mula menetap di sini lepas kahwin dulu, kejutan jugak kat aku sebab dok bayangkan bubur asyura macam kat tempat sendiri. Rupanya jauh berbeza.....

bubur asyura utara

Yang ni dapat sempena pertandingan masak bubur asyura kat tempat kerja semalam


Menariknya bubur asyura ni, ada macam-macam benda yang dimasukkan. Antaranya kacang tanah, kacang kuda, jagung, pisang...ada juga yang masukkan nangka. Rasanya akan sedikit berbeza mengikut bahan yang dimasukkan. Tapi aku tak pernah buat sendiri. Aku suka makan masa dia masih panas, tak `keras' lagi. 

Pada korang yang nak cuba, aku letak resepi yang aku ambil daripada KongsiResepi.com.  Siapa rajin dan teringin nak makan boleh cuba buat:

Bahan-bahan :

4 cawan tepung beras
11 cawan santan
5 sudu besar gula atau secukup rasa
1 ½ cawan gula merah (boleh kurangkan)
300 gram kacang hijau (direbus)
250 gram kacang kuda (direbus dan masukkan sedikit garam)
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

1. Masak gula merah bersama 2 cawan santan sehingga gula merah hancur. Sejukkan.
2. Campurkan tepung beras bersama gula, sedikit garam dan santan. Kacau hingga sebati 
    dan tidak berketul.
3. Tapiskan air gula merah tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau lagi.
4. Seterusnya, tuangkan ke dalam kuali dan masak dengan api yang sederhana. Pastikan 
    ianya dikacau selalu agar tidak berkerak.
5. Setelah agak pekat, masukkan kacang hijau dan juga kacang kuda yang telah direbus.
6. Kacau sehingga pekat dan rasa manisnya. Jika keras, boleh tambahkan sedikit lagi 
    santan. 
7. Angkat dan tuang dalam loyang. Sejukkan dan bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang.

Nota :

Anda boleh tukarkan atau tambahkan bahan-bahan lain contohnya jagung, ubi keledek, ubi kayu dan sebagainya mengikut citarasa anda. Tetapi, ianya hendaklah direbus terlebih dahulu.

**terima kasih KongsiResepi.com

You Might Also Like

2 comments

  1. 1st time tengok..berbeza dgn asyura Kelantan..pekat boleh potong mcm dodol gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain tempat lain caranya yer..tak pernah rasa versi kelantan

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook