Percutian Menikmati Suasana Kampung

Friday, October 30, 2015

Desa Balqis

Assalamualaikum wbt

Tak lama lagi cuti sekolah panjang menjelang tiba. Aku pasti ramai ibubapa yang dah mula merancang percutian keluarga. Tambah-tambah mereka yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Pakat-pakat keluarga jauh dekat datang meraikan sambil jalan-jalan cari makan.

Jom aku kongsikan satu tempat menarik bagi yang merancang untuk mengadakan hari keluarga atau untuk berkumpul ramai-ramai dengan keluarga sambil menikmati suasana indah kampung sambil bermain di  tepian pantai.

 
Desa Balqis,percutian suasana kampung, masjid tanah

Kalau inginkan percutian ala-ala suasana kampung, korang boleh ke Desa Balqis yang terletak di negeri Melaka. Penginapan yang dibina merupakan rumah-rumah kampung yang cantik dan menarik. Memang sesuai untuk berkumpul beramai-ramai.

Desa Balqis,percutian suasana kampung, masjid tanah

Desa Balqis,percutian suasana kampung, masjid tanah


Rumah berkonsepkan rumah Melaka, ada anjung tempat berehat ambil angin malam sambil bersembang minum kopi. Letaknya pulak berhampiran dengan pantai. Memang best!!!

Desa Balqis,percutian suasana kampung, masjid tanah

Ada banyak pilihan rumah yang korang boleh buat bergantung kepada jumlah penghuninya. Kira boleh book satu rumah jer...boleh muat semua.

Desa Balqis,percutian suasana kampung, masjid tanah

Nama-nama rumah pun dipilih berdasarkan nama panggilan dalam keluarga. Rumah Kak Long, rumah kak lang, rumah pak lang, rumah pak ngan, rumah kak cik....menarikkan?

Aku sertakan kadar sewa setiap jenis rumah untuk sesiapa yang berminat. Boleh lah buat perancangan. Lokasi Desa Balqis ialah di KM 50, Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka.

Nanti bolehlah plan buat reunion kawan-kawan kat sini....mesti meriah!!!

No tel (waktu pejabat sahaja) : 03-40227728
email : mail@desabalqis.com
enquiries@multilifttravel.com.my





You Might Also Like

7 comments

  1. Macam best tempat ni. Kalau pergi melaka, boleh la try stay kat sini pula.

    ReplyDelete
  2. wah..unik sekali namanya..Desa Balqis..klu KG dekat nak juga ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila-bila dtg melaka ingatlah tempat ni tau...

      Delete
  3. tak lama lagi cuti sekolah....SA dah pening dah...mak abah nak pi penang...anak plak start 30 nov ada tuisyen....erm...pening2

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan pelan kayuh SA..jangan pening-pening

      Delete
  4. Whoa, seronok nampak tmpt nih ! boleh plan nk buat family day, hehe~

    mintak share artikel ni buleh ka? lau boleh, komen ler kt blog sy ye..... takut tak pasan lak lau sis reply sini :)

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat menikmati suasana kampung macam ni

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook