Matic Street Arts Festival 2015

Friday, October 23, 2015

Matic Street Arts Festival 2015

Assalamualaikum wbt

Korang pernah dengar pasal street art festival tak?
Ni pertama kali aku dengar. Mungkin sebab aku ni jauh di utara jadi kurang info berkaitan event-event di kotaraya kuala lumpur.

Matic street art festival 2015


Street Arts Festival atau Festival Seni Jalanan akan diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) bermula dari 7 hingga 8 November 2015.  Festival ini juga dikenali sebagai Matic Street Arts Festiva (MSAF) adalah bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarat bandar/urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini.   Festival sebegini bukanlah sesuatu yang asing bagi pencinta seni dunia. 

Festival ini adalah merupakan platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis serta karyawan untuk mempertontonkan hasil karya mereka kepada orangramai.  Selain itu, ianya turut membuka ruang kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif serta makanan.

Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk memeriahkan sambutan MSAF ini nanti. Antaranya ialah kemunculan karektor kartun BoboiBoy dan Megamind, persembahan dan pertandingan buskers dan Band Indies, Mural dan Graffiti, Barber dan Clothing, perhimpunan Bikers, pertandingan Bolasepak Jalanan dan `food truck'. Antara artis yang akan menghangatkan lagi festival ini nanti ialah Akim & Amp, Majistret, Bunkface, Lan Typewriter, S.O.G, Ana Rafali, Ainan Tasneem, Shiha dan Sakura Band.

Matic street art festival 2015


MSAF  juga  turut  membawa  pameran  khas  iaitu  Pameran  ‘Flash  Hollywood  and  Football’  di  Mini  Auditorium  dan  Galeri  MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015. Penganjuran  festival  seperti  ini  juga  secara  tidak  langsung  dapat  mempromosikan  PusatPelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi pelancongan dan  kebudayaan  negara.  Menggunakan  konsep  ‘Family  Fun’,  festival  seni  jalanan  ini  pasti  akan  ‘memukau’ perhatian anda! 


Jom sama­-sama kita memeriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November  2015 ini!

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook