Malam di Bukit Bendera

Tuesday, October 13, 2015

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt

Hujung minggu baru ni, ada tetamu istimewa dari kampung aku datang berkunjung. Dah lama abah tak datang ke rumah aku, al maklum nun di utara. Dalam usia sekarang ni kalau boleh memang tak nak berlama di dalam bas. Beberapa hari yang ada, kami cuba penuhi apa yang boleh..ye lah bukan senangkan.

Anak-anakpun seronok bila ada tok kat rumah nak layan. Sempat jugak ke sekolah abang irfan sebelum PT3 bermula, dapatlah serba sedikit kata-kata motivasi bekas gurubesar sekolah. 

Kami sempat terjah Bukit Bendera, lawatan pertama aku dan keluarga di waktu malam.
Yang bestnya, malam tiket dijual pada harga promosi...RM3 sajer..jimat sangat. Walaupun takde apa-apa aktiviti di atas ketika waktu malam, tapi  pemandangannya amat menarik. Melihat keseluruhan Pulau Mutiara di sebelah malam...teruja. Kalau cuaca tidak berjerebu, mungkin lagi tambah menarik. Baru terasa kedinginan malam sambil mendengar alunan lagu daripada bistro berhampiran. Sesuai untuk menenangkan fikiran.

Malam di Bukit Bendera, Pulau Pinang

kenangan di bukit bendera, harga tiket dan waktu operasi bukit bendera

Gambar laluan keretapi bukit bendera. Blur sikit gambar-gambar ni tapi nak letak jugak kat blog.


kenangan di bukit bendera, harga tiket dan waktu operasi bukit bendera

Cantik sangat...bayangkan kalau lampu-lampu tu semua terpadam...

kenangan di bukit bendera, harga tiket dan waktu operasi bukit bendera
(kalau tak clear, sila besarkan)

Harga tiket dan masa operasi. Kalau malam sehingga jam 11 malam, keretapi terakhir daripada puncak Bukit Bendera.  Kalau sempat boleh dapatkan tiket harga promosi.

Puaslah masing-masing bergambar walaupun tak berapa nak terang. Kenangan mesti ada kan!!

You Might Also Like

5 comments

  1. dah lama tak naik Bukit Bendera..malam2 mesti lagi sejuk dan best

    ReplyDelete
  2. Akak baru pergi Raya Haji lepas ..x tahu pula boleh naik waktu mlm..kalau tak boleh tgok view lagi cantik :)
    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.my/2015/10/pulau-pinang-part-1-bukit-bendera.html

    ReplyDelete
  3. Wah! Saya tak pernah lagi ke Bukit Bendera waktu malam. :)

    ReplyDelete
  4. malam tak pernah sampai lagi...cuma sekarang ni ada kedai makan sikit.

    malam buka tak kedai makan...cuma yang tak best macam kongsi pinggan....

    macam mana nak dapatkan tiket promosi kena beli lewat ka?

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa, tak pernah sampai sana

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook