Lagi Cuti Untuk Negeri-negeri Terlibat

Monday, October 19, 2015

Sekolah tutup 20 Oktober 2015

Assalamualaikum wbt

Lanjutan daripada keadaan jerebu yang masih buruk di beberapa negeri, sekolah akan terus ditutup pada 20 Oktober 2015. Negeri terlibat ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuching, Samarahan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Muar serta Segamat.


sekolah tutup 20 Oktober 2015 di negeri-negeri teribat masalah jerebu

Kawan-kawan yang bergelar guru, ramai yang mengeluh sebab kerja tak boleh dibuat dan peperiksaan akhir tahun sekolah terpaksa ditunda. Anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti SPM dan STPM pun sedikit sebanyak terganggu persediaannya.

Walau bagaimanapun, harap ibu bapa jangan biarkan anak-anak berada di luar rumah musim-musim jerebu ni. Kena pantau lebih. Laporan di AstroAwani juga ada mengatakan yang keadaan jerebu ini akan berterusan.

Harap-harap cepatlah berakhir ......

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook