Jalan-jalan Cari Makan Pasemboq Special

Monday, October 26, 2015

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum wbt

Hujung minggu lebihkan masa bersama keluarga.  Bacaan IPU dah semakin menurun menjelang hujung minggu baru ni. En hubby ajak pi cari pasemboq special kat Yan Kecil, Kedah. Korang jangan tak tahu, macam-macam ada kat Yan ni.  

Bagi kaki pancing ikan tenggiri, Yan Kecil merupakan port popular di utara.  Kalau musim dia, memang boleh dapat berpuluh-puluh ekor ikan tenggiri yang saiznya buka kecil tau......nala punya besaq!!!  Hubby dah agak lama juga tak join geng kaki pancing ni. Kesuntukan masa dengan pelbagai aktiviti lain. Tapi pernah jugak bagitau kat aku, tunggu abang irfan besar sikit lagi, boleh jadi geng memancing.

Bila teringin nak makan ikan tenggiri fresh ni, lokasi pilihan hubby ialah di pasar Yan Kecil ni la ditujunya. Selalunya kaki pancing akan tolak pada penjual beberapa ekor untuk dijual disini. Rezeki kami hari tu, dapatlah ikan tenggiri baru ajer dihantar ke pasar tersebut. Waktu operasinya kat sini bermula jam 3 petang rasanya sebab selalunya masa tu la ramai penjual mula berniaga. Kami ambil kesempatan membeli bahan mentah untuk stok di rumah minggu ni. Dapatlah untuk stok lauk 3-4 hari.

Yang menarik lagi di sini ialah food court di bahagian belakang sikit daripada pasar tersebut. Apa yang menarik? Tengok tajuk la.....dah tentu pasemboq special idaman hati. Gerai paling hujung sekali, memang depan gerai tu terpapar pasemboq special. Apa yang specialnya?....Nin diaaaa......

gunung jerai, yan kecil, pasembur special


Kat sini ja korang boleh jumpa pasemboq yang ada letak, daging, paru, ikan goreng salut tepung selain daripada sengkuang, timun, cucoq, tokua dan lain-lain yang biasa ada dalam pasemboq. Rasanya memang perghhhh....sedap!!!

Selain pasemboq special tu, korang boleh cuba makan meehoon sup dia. Memang macam-macam ada!! Puas makan lah. Harga pun tak la mahal mana pun ...berbaloi la dengan segala macam yang ada dalam hidangan. 

gunung jerai, yan kecil, pasembur special


Lepas makan kat sini, korang boleh lah singgah pasar malam kat Guar Chempedak atau orang kat sini panggil pasar malam guaq.  Macam-macam jenis makanan ada kat sini. 2 lokasi ni wajib singgah kalau kami ke Yan. Tapi hari tu, pasar malam guaq terpaksa ditinggalkan sebab hari hujan, dengan kanak-kanak semua dah kekenyangan.

Kalau korang tertanya-tanya kat mana Yan Kecil ni, korang setkan ajer gps korang ke arah Gunung Jerai. Dari sana, korang jalan terus ajer. Nak naik Gunung Jerai pun boleh atau nak berehat-rehat di air terjun Titi Hayun pun boleh. 

gunung jerai, yan kecil, pasembur special

gunung jerai diselaputi jerebu...


Kan dah kata macam-macam ada.....

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnya pasembur. Nanti nak kena pi try lah...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook