Kebaikan Menderma Darah

Assalamualaikum wbt

Korek-korek barang-barang lama dalam bilik beberapa minggu lepas, aku terjumpa kad rekod derma darah.  Baru 2 kali buat pendermaan darah. Dah lama juga tak buat ni, kali terakhir sebelum aku mengandungkan adik wan.  Bagus sebenarnya kalau korang buat derma darah ni. Kalau korang nak tahu setiap kali korang menderma darah, korang telah menyelamatkan 3 nyawa. Aku dah buat 2 kali maknanya hampir 6 nyawa aku dah bantu untuk selamatan.  Sebelum korang nak derma darah tu, korang kena tau jenis darah korang. Pemeriksaan ringkas juga dibuat samada pada masa tersebut korang sesuai untuk menderma darah atau tidak. Antara pemeriksaan yang dibuat adalah tahap kepekatan darah, gula, berat dan tinggi. Bagi wanita yang dalam keadaan haid juga tidak dibenarkan untuk menderma darah. Bukan semua orang sesuai untuk menderma yer.

kempen derma darah, derma darah menyelamatkan nyawa

kempen derma darah, derma darah menyelamatkan nyawa


Kebaikan Menderma Darah :

1. Perasaan gembira kerana berjaya membantu untuk menyelamatkan nyawa.
2. Menderma darah dikatakan boleh mengurangkan risiko penyakit kanser.
3. Menderma darah sebenarnya bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mengurangkan zat 
    besi yang berlebihan dalam badan disamping mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. Setiap kali kita menderma darah, kita juga akan melakukan pemeriksaan kesihatan 
    yang asas secara percuma. Darah yang diderma juga akan diperiksa samada normal 
    atau tidak.  Secara tidak langsung, kita juga akan menjalani pemeriksaan saringan 
    awal.
kempen derma darah, derma darah menyelamatkan nyawa
gambar dpd astro


5. Derma darah adalah jalan paling mudah untuk mengurangkan berat badan kerana 
    setiap kali menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang.  Tapi kenalah juga pandai 
    kawal sebab setiap kali derma darah, memang akan terasa lapar, kalau tak kawal, 
    bertambah selera pulak nanti.
6. Penderma darah akan dapat penginapan percuma kelas 1 di wad hospital kerajaan.
7. Vaksinasi hepatitis B juga akan diberikan secara percuma. Tunjukkan kad rekod derma
    darah anda, pihak berkaitan akan bantu.

kempen derma darah, derma darah menyelamatkan nyawa
gambar google


Darah selamat untuk didermakan setiap dua atau tiga bulan bergantung juga pada tahap kesihatan, hemoglobin darah dan paras zat besi anda.  Kalau berminat anda boleh terus ke hospital-hospital berdekatan atau ke kaunter-kaunter pemeriksaan kesihatan yang turut dilengkapi dengan kemudahan menderma darah.

kempen derma darah, derma darah menyelamatkan nyawa
gambar google

Korang jangan risau, tak sakit pun. Lagipun orang yang nak derma darah ni akan dilayan baik oleh pihak berkaitan. Korang kan nak membantu menyelamatkan nyawa, melakukan semulia-mulia amalan .......

kempen derma darah, derma darah menyelamatkan nyawa
gambar google



2 Comments

  1. kite takut jarum. tak pernah lagi derma darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishhh.....jarum tu kecik jer....cer pejam mata..

      Delete