Cabaran 7 HAri | Sarapan kesukaan anda

Thursday, October 08, 2015

Cabaran 7 Hari

Assalamualaikum wbt

Menghabiskan 2 lagi tajuk cabaran....

Cabaran 7 hari instablog efgkbba

Breakfast ala western tuuu....

Speghetti carbonara seafood.  Memang akan buat 2,3 kali dalam sebulan untuk makan pagi. Biasanya, kalau buat ni untuk breakfast memang akan skip lunch dengan nasi. Selalunya juga, aku akan buat dalam kuantiti yang banyak dan  anak-anak akan  ulang-ulang makan.

Penyediaannya sangatlah mudah. Rebus speghetti tu malam sebelum tidur dan sejukkan. Pagi aku tumis 2,3 ulas bawang putih, masukkan cili kering yang digunting-gunting kecil. Boleh juga gunakan chili flake tapi aku lebih suka guna cili kering tu. Masukkan potongan cendawan kalau ada. Aku jarang masuk sebab sos carbonara tu memang dah siap perasa cendawan. Masukkan la seafood kegemaran. Akhir sekali masukkan speghetti dan gaul rata.
Haa.....siap dengan resepi lagi...anak-anak siap bawak bekal lagi ke sekolah.

You Might Also Like

2 comments

  1. sedappp nyeee.. lapar pulak pagi2 ni T_T

    singgah sini ; 10 Taktik Paling Power

    ReplyDelete
  2. terliur tengok kak. boleh buat untuk berbuka nanti :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook