Bila Adik Bertemu Abang

Friday, October 23, 2015

Adik Abang

Assalamualaikum wbt

Selepas pengumuman Kementerian Pendidikan mengatakan sekolah di Perak, Kedah, Penang dan Perlis ditutup 23.10.2015, terus dapat call daripada irfan. Sekolah bagi kebenaran pelajar untuk pulang bermalam. Memang dah agak dah. Mujurlah rumah awak ni tak jauh sangat daripada sekolah awak. Berangkat lah malam tadi mengambil anak teruna ni kat sekolah. Stress tau memandu dalam jerebu. 

Bila adik bertemu abang

Yang paling seronok bila abang ada kat rumah dah tentulah si adik. Tak sabar-sabar tunggu nak pi ambil abang. Adalah kawan dia nak bermain tendang bola. Sampai malam tadi mengigau bangun tengah malam pi tido kat tilam abang. Pagi tadi pun sama, celik mata cari abang. Bolehlah ayah rehat 2,3 hari ni sebab tukang bantu layan adik dah ada kat rumah.

Alhamdulillah, index IPU di utara semakin menurun...harap keadaan kembali pulih secepat mungkin.....

You Might Also Like

1 comments

  1. air dicincang tak akan putus... :)
    InsyaAllah semoga jerebu cepat berlalu pergi ye kak Azi.. tak tahan tgk "berkelabu" je langit...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook