Ujian Itu Sakit, Tapi Itulah Kekuatan...

Monday, September 07, 2015

Muhasabah Diri

Assalamualaikum wbt

ujian Allah, muhasabah diri
gambar google

Mendapat perkhabaran kawan-kawan yang diuji dengan pelbagai musibah menjadikan aku semakin redha dengan apa jua ujian yang mendatang.

Kawan jauh, kehilangan suami di usia 40an, tiba-tiba, tiada sakit tiada tanda. Kuatlah kau kawan untuk terus menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Kuatlah demi anak-anak yang masih perlukan perhatian.

Kawan yang lain, menerima berita mendapat penyakit yang amat ditakuti oleh masyarakat.  Mujur dikesan awal, usaha untuk sembuh berterusan...moga dipermudahakn oleh Nya.  Bertabahlah kau kawan, tiada penyakit yang tidak ada ubatnya. Kuatlah demi anak-anak yang sedang membesar.

Allah menguji hambanya dengan sebesar-besar dan sekecil-kecil ujian kerana dia tahu, ujian yang diberi adalah di dalam kemampuan kita. Setiap ujian yang dilalui, amat menyakitkan tetapi percayalah ujian itulah menjadikan kita semakin kuat dan semakin tabah.......



You Might Also Like

1 comments

  1. Susah atau senang semua nya ujian. Kalau kita rasa Allah uji kita semasa ditimpa kesusahan, ingat la kesenangan itu juga ujian dari Allah. Bila susah selalu minta pertolongan dari Allah. Tapi bila kita senang selalu lupa Allah. Kesenangan itu adalah ujian yang lebih berat dari kesusahan. Moga rakan2 norazilah bertabah atas ujian tersebut..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook