Ubat Tambah Darah

Wednesday, September 02, 2015

Kerang

Assalamualaikum wbt

Antara kerang rebus dan kerang bakar, yang mana lebih korang minat?
Aku suka kedua-duanya...tak lebih tak kurang..boleh jawab begitu?

Kerang rebus kalau nak sedap, rebus bersama dengan serai, bawang besar yang dah dibelah-belah dan juga cili padi beberapa biji. Manakala kerang bakar, lepas di basuh bersih boleh terus bakar. Jangan terlalu lama sebab nanti isinya kering. Kedua-duanya bertambah sedap kalau dapat dicicah dengan sos cili atau kicap cilipadi.

Khasiat Kerang :

Kerang adalah tergolong dalam keluarga moluska iaitu golongan yang bercengkerang.

Ia mengandungi protein dan zat yang baik untuk tubuh sekiranya tidak diambil secara berlebihan.  Antara zat yang terkandung ialah zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi berguna untuk meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan, manakala zink dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang juga dapat membantu meningkatkan albumin dalam darah.  Pengambilan kerang juga baik untuk ibu-ibu mengandung terutama yang mengalami masalah kurang darah.  

ubat tambah darah, kerang rebus, kerang bakar


Baru ni balik kampung secara kebetulan kami beli kerang. Tak sangka pulak MIL memang dah beberapa hari dok cari kerang nak rebus. Rezeki MIL nampaknya. Seronok tengok bila orang tua kita berselera makan......


You Might Also Like

6 comments

  1. sekarang ni susah nak dapat kerang yang besar2..yang ada kat pasar kecik2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat belah sini boleh dpt lagi kerang besar2 sikit..

      Delete
  2. setuju!!! yoorin dulu masa ngandungkan irine hb rendah.. esok nak pi check up kat kkia, malam tu pi makan kerang bakar kat downtown.. tak sangka hb naik.. tak tau lah kebetulan ke hapa.. huhu..tanya nurse , memang kerang ni bagus untuk naikkan hb..

    ReplyDelete
  3. Masak lemak cili padi campur dengan pucuk paku sedapnya.. ;)

    ReplyDelete
  4. aida prefer kerang rebus.
    juicy :) sedap cicah kicap cili padi :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook