Si Putih Yang Membantu Kesihatan Secara Semulajadi

Wednesday, September 09, 2015

Info kesihatan

Assalamualaikum wbt

Korang suka makan bawang putih?
Setiap rumah mesti ada simpan bawang putih kan. Boleh dikatakan hampir setiap masakan ada dimasukkan bawang putih.

Aku suka makan bawang putih ni terutama semasa dalam pantang. Biasanya aku masukkan sekali ketika masak nasi. Masuk semasa air nasi dah mula kering, sebelum nasi masak sepenuhnya. Bawang putih ni nanti akan jadi sedikit lembut. Lepas tu makan jer dengan nasi panas-panas sebagai ulam. Bagus untuk buang angin dalam badan.

Rupanya selain daripada elok untuk buang angin, bawang putih ini juga mempunyai pelbagai lagi khasiat kesihatan yang aku sendiri baru tahu.

khasiat bawang putih, penjagaan kesihatan semulajadi
gambar google

Khasiat Bawang Putih Untuk kesihatan

  • Bawang putih boleh digunakan oleh pesakit diabetis di mana ia bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah
  • Ianya juga merupakan  bahan yang membantu melancarkan pengaliran darah.
  • Selain itu, bawang putih dikatakan boleh mengawal berat badan. Di mana ia memiliki kandungan yang dapat mengawal nafsu makan kita. Selain membantu meningkatkan metabolisme badan dalam membakar kalori.
  • Boleh juga menyembuhkan penyakit kulit kerana ia boleh melawan infeksi dan bakteria.
  • Di samping itu boleh menyembuhkan jerawat kerana ia memiliki anti oksidan yang boleh membunuh bakteria.
  • Boleh menyuburkan rambut kerana mengandungi kandungan alicin yang tinggi untuk mengatasi masalah rambut rosak.
Hebatkan khasiat bawang putih. Bolehlah tambah sukatan dalam masakan untuk penjagaan kesihatan secara semulajadi.


You Might Also Like

3 comments

  1. betul tu,,, garlic ni banyak sangat manfaatnya.. boleh jadi antibiotik semulajadi.. :))

    ReplyDelete
  2. saya pernah dinasihatkan oleh sorang orang tua, dia cakap makan bawah putih satu labu satu hari. barulah sihat tubuh badan

    Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook