Info sihat

Assalamualaikum wbt

Nak berkisah pasal si hijau ajaib tengahari ini.
Si hijau ajaib yang aku maksudkan ialah PETAI.

Siapa suka makan petai?
Dulu aku pun tak suka makan petai ni sebab aromanya yang `menarik'.
Lepas kahwin, hubby suruh cuba rasa, masa tu buat sambal udang letak petai. Ehh!! Ok lah. Sedap jugak...tapi aku makan sambal udang petai yang dimasak sendiri ajer. Kalau yang jual punye kita cium aroma dulu...hehehe...

petai pencegah pelbagai jenis penyakit
Selonggok kakak ipar aku bawak balik kampung hari tu.....hehe


Sebenarnya petai ni ada pelbagai khasiat yang aku sendiri pun tak tahu. Bagus rupanya pada siapa yang suka .

Antara khasiatnya :
1. Memulihkan penyakit kemurungan.
2. Mengawal kadar gula dalam darah.
3. Membunuh sel-sel cancer
4. Mencegah stroke
5. Membantu pesakit anemia.
6. Mengatasi masalah sembelit.

Banyak lagi kebaikannya pengambilan petai ni..tapi janganlah secara berlebihan.

Bila makan petai ni, kena la hadap aroma menarik yang dihasilkan ketika bercakap, ataupun lepas membuang hajat. Tapi jangan risau, cuba korang amalkan petua ini untuk menghilangkan bau petai di mulut dan tandas.

Petua hilangkan bau petai di mulut
- Makan beras mentah dalam 10 biji.
- Kunyah terung mentah.
- Kunyah timun.
- Berus gigi selepas menggunakan dental floss.
- Kunyah chewing gum
- Campur masakan petai dengan terung.  

Petua hilangkan bau petai di tandas
Untuk mengelak tandas berbau busuk petai, potong terung dan diletakkan di dalam tandas.  Terung akan serap bau petai.

Lepas ni takde masalah lah nak makan petai, boleh cuba petua di atas.

Aku sertakan resepi favourite menu aku SAMBAL UDANG PETAI

8 Comments

  1. Banyak khasiat dan murah pulak tu..

    ReplyDelete
  2. 23 tahun hidup sy tak pernah makan petai lagi. hahaha..

    ReplyDelete
  3. hadoi! tandas berbau petai sungguh aida x selera :(
    but suka makan petai yg dimasak sambal. or lain2 lauk.
    begitu saje, jarang aida makan hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....akak makan juga tapi sikit2 jer....takde la berbau tandas..

      Delete
  4. bau petai memang terbaik.

    haha..

    ReplyDelete