Selamat Datang Komuter Utara

Thursday, September 10, 2015

Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum wbt

Lagi berita baik untuk penduduk utara. Selepas ETS dilancarkan perjalanan sehingga ke Padang Besar, Jumaat ini akan bermula pula perkhidmatan shuttle komuter yang akan menghubungkan 11 stesen daripada Kamunting hingga ke Gurun. Mudahlah sikit kan. Bertambahlah pilihan untuk pengguna nak ke mana-mana. Secara tak langsung bila ada perkhidmatan shuttle komuter ni, ia membuka ruang juga untuk perkhidmatan teksi atau bas ke dari stesen-stesen yang terlibat ke destinasi pengguna. Kita pun sebagai pengguna, boleh lah kurangkan memandu kereta sendiri.

perkhidmatan awam, komuter, KTM, utara, kamunting, gurun

Stesen komuter terlibat :

Ada 11 stesen yang akan dilalui oleh shuttle komuter ini iaitu :
  • Kamunting
  • Bagan Serai
  • Parit Buntar
  • Nibong Tebal
  • Simpang Ampat
  • Bukit Mertajam
  • Bukit Tengah
  • Butterworth
  • Tasek Gelugor
  • Sungai Petani 
  • Gurun

perkhidmatan awam, komuter, KTM, utara, kamunting, gurun

Tambang perkhidmatan komuter :

Masa perjalanan bermula dari jam 5 pagi  sehingga jam 8 malam dengan kekerapan 3 jam bermula daripada stesen Kamunting sehingga ke Gurun. Tambang antara RM1 ke RM10.50 perjalanan sehala. 

perkhidmatan awam, komuter, KTM, utara, kamunting, gurun

Nampaknya, pihak berkenaan kenalah juga perbaiki dan percekapkan lagi pengangkutan awam yang lain ...contohnya perkhidmatan teksi. Ini akan memudahkan pergerakan pengguna.

Nanti boleh la cuti-cuti bawa anak-anak naik train....dik wan mesti seronok.....

You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. nanti kita naik dpd bw gi bm..patah balik..hahaha

      Delete
  2. sekaligus meningkatkan taraf hidup dan keselesaan

    ReplyDelete
  3. satu penambahbaikan sistem pengangkutan awam di utara kan azie.. :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook