Salmon Grill Epal Pegaga..penambat hati keluarga

Tuesday, September 08, 2015

Resepi ringkas

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak update pasal resepi kan?

Korang suka makan salmon grill?
Huh kesukaanku kalau kena cara masaknya sebab kalau tak betul cara masak, rasa ikan tu tak menarik.

Bila tiba mood tak mau makan nasi, mulalah geledah apa yang ada dalam freezer. Terjumpa 2 keping potongan salmon, maka terjadilah salmon grill versi kami.


resepi, salmon grill, kerabu epal, kentang wedges

Salmon Grill sesedap rasa

Bahan-bahan mudah diperolehi :

2 keping ikan salmon (potongan tidak bertulang)
Rosemary
Ladahitam kasar
Sedikit kicap cair
Minyak zaitun
Kulit lemon yang disagat atau serbuk loomy (limau kering)
Sedikit garam

Cara penyediaan salmon grill :

Pastikan ikan salmon yang dibeli merupakan potongan yang tidak bertulang. Kalau tak jenuh nak buang tulang-tulang halus yang ada.  Perapkan sebentar (beberapa minit) dengan bahan-bahan di atas. Kemudian bakar atas pan ajaib. Bakar bahagian yang bersisik dahulu sehingga garing. Kemudian baru bakar setiap bahagian sebelah lagi dan sisi tepi dalam 2-3 minit.
Dah siap. Boleh la dihidangkan dengan kentang goreng dan kerabu epal pegaga.  Boleh juga letakkan sedikit perahan lemon atas ikan yang dibakar tadi. Makan ketika panas…memang menyelerakan .

Bila aku up gambar di insta dan fb, ramai yang pm tanya resepi kerabu epal pegaga. Mudah jer cara penyediaannya....aku share kat sini.




You Might Also Like

5 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook