Resepi Mudah Potato Fritter

Friday, September 11, 2015

Resepi Ringkas

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang tak tahu nak masak apa pagi-pagi untuk sarapan anak-anak.
Malam tadi kakak dan mira request suruh buatkan potato fritter untuk sarapan pagi. Maka pepagi tadi lepas subuh, mak dia gigihlah memarut kentang banyak-banyak untuk bekalan anak-anak kat rumah.

Senang ajer buat potato fritter ni. Makan pun kruk krak kruk krak tahu-tahu dah abis.

Resepi ringkas potato fritter :

4 biji kentang sederhana besar
1 biji cili merah
1 tangkai daun bawang - tadi aku boh daun sup sbb daun bawang takde
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

resepi mudah, potato fritter,sarapan, minum petang
*aku suka goreng garing-garing...

Cara mudah penyediaannya:

Kupas kentang dan parut panjang dan nipis.
Potong cili merah halus, buang biji.
Campurkan kedua bahan.
Pecahkan telur.
Campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
Masukkan sedikit garam.
Gaul semua bahan sebati.
Panaskan minyak dan gorengkan.
Agak-agak dah kuning garing tu angkat dan toskan.

Boleh la dimakan bersama sos cili.


You Might Also Like

6 comments

  1. aaa.. baru post teringin nak makan cekodok kentang.. tapi ni lagi best!!!maceh kak azi!!!malam ni nak buat laa buat kudap kudapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...buat yoorin jangan tak buat...sedap tau ..kruk krak kruk krak

      Delete
  2. Sedapnya kak azi, nanti saya nak cuba juga..

    ReplyDelete
  3. ok..esok SA nak buat utk sarapan pagi...

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa. Minggu depan balik nak buat

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook