Kiriman Domestik Poslaju

Assalamualaikum wbt

Korang yang biasa dengan jual beli secara online mesti biasa gunakan perkhidmatan poslaju kan? Dulu aku pelanggan tetap jugak di poslaju ni, business online tapi sekarang ni dah jarang-jarang sangat guna. Tak aktif dah dalam perniagaan maya ni. Penat  dan menuntut masa juga sebenarnya terutama bagai orang-orang macam aku ni la.

Baru-baru ni ada kawan bagitau, borang untuk poslaju dah berubah lagi. Hmmm...rasanya dah beberapa kali jugak berubah. 

perkhidmatan poslaju, sampul prabayar, borang poslaju

Ada 4 jenis borang. Yang biasa guna 2 warna kat atas tu jer kan. Samada  borang guna sampul prabayar atau pengeposan walk in kat kaunter. So senang nak ingat. Kalau borang beli sampul prabayar, minta teruslah borang kaler ungu tu. Boleh tulis siap-siap kat rumah, jimat  masa. 
Sekarang ni orang semua suka membeli belah cara online. Company penghantaran memang boleh cari rezeki lah cuma mereka perlu perbaiki perkhidmatan supaya orang terus percaya nak guna. Setakat ni , adalah beberapa kali kena juga dengan poslaju ni tapi masih boleh pejam mata. 

Harap info ini berguna untuk korang nak nak gunakan perkhidmatan poslaju.

2 Comments