Nasi Lemak Sambal Tempe

Friday, September 18, 2015

Resepi Ringkas dan Sedap

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak buat nasi lemak. Cuti Hari Malaysia baru ni berkesempatan menyediakan juadah ringkas - Nasi Lemak Sambal Tempe istimewa dari dapur AzirahmanDotCom. 

Biasanya, orang akan makan nasi lemak dengan sambal bilis, rendang dan sambal sotong kering tapi kali ni aku ubah pulak, buat sambal bilis tempe. Cubaan pertama. Ok simple, ringkas dan yang penting sedap kata anak-anak aku. Dah sememangnya satu rumah peminat tempe jadi masaklah apapun berasaskan tempe, mesti habis...hehehe...
Mudah ajer penyediaannya. 

Resepi Nasi Lemak :

3 cawan beras (kalau nak sedap lagi cuba korang masak dengan beras basmathi)
Basuh bersih2 dan toskan sekejap.
Masukkan 1 biji bawang besar yang telah dibelah 4. 
Masukkan 1 bunga lawang, beberapa biji halba, sedikit jintan manis dan beberapa hiris halia.
Sukat santan. Santan ni pastikan digaul dengan garam dulu...jangan sampai masin sangat.
Masukkan sehelai daun pandan yang telah disimpulkan dan boleh la masak nasi tu.

nasi lemak, sambal tempe, sarapan

Sambal Tempe Ikan Bilis

3 pek tempe - potong dadu, goreng kan sebentar
6 sudu besar cili mesin (sukatan ni ikut korang)
ikan bilis - basuk, gaul sedikit serbuk kunyit dan goreng sebentar
air asam jawa
gula & garam secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk menumis
minyak masak

nasi lemak, sambal tempe, sarapan


Tumiska sebentar bawang, masukkan cili mesin. Tumis sampai garing. Masukkan sedikit air asam jawa. Masukkan ikan bilis dan tempe yang telah digoreng sebentar tadi. Kalau nak, bolehlah letak bawang besar yang dipotong bulat. Letak garam dan gula secukup rasa. Dah siap...mudah ajer kan.....


You Might Also Like

2 comments

  1. aduhhh... kak azi.... gambar close up tu sungguh menggoda iman.. hahahahaha...!! :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook