Empat jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.
Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam Twitternya mengesahkan kejadian itu.
Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.
Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.
Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidilharam kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).
“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.
“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.
“Sebelum solat Jumaat, Masjidilharam sesak dengan para jemaah,” katanya. – AFP