Rempah 4 sekawan

Assalamulaikum wbt

Korang tau tak apa dia rempah 4 sekawan? Kalau kurang satu depa panggil 3 sekawan.
Rempah-rempah tersebut ialah kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.  Keempat-empat rempah ni merupakan rempah perlu ada untuk menumis antaranya masakan seperti  kari ayam, kari daging, sup, nasi minyak, nasi tomato dan banyak lagi jenis masakan. Aromanya memang wangi dan pasti memikat orang sekeliling.
Kalau takde salah satu memang tak lengkaplah. 

Sebenarnya selain daripada digunakan untuk tambahan aroma dalam masakan, keempat-empat rempah ni ada kebaikan lain yang menarik untuk dicuba.

rempah 4 sekawan, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis

Kulit Kayu Manis

Nama saintifik untuk rempah ini ialah cinnamomum zyelanicum. Ia antara yang penting untuk menumis masakan sebab aromanya yang menarik. Ada orang gunakan serbuk kulit kayu manis ni untuk dibuat roti. Sedap tau!! 
Dari segi perubatan pula, kulit kayu manis dikatakan dapat meredakan cirit birit dan mengubat kesakitan gigi berlubang. Caranya ialah dengan mengasah kulit kayu manis ini sehingga menjadi serbuk dan diletakkan ke dalam gigi yang berlubang. Kulit kayu manis yang direndam dengan teh juga boleh menurunkan paras guna dalam darah dan minyak pati kulit kayu manis dapat mengeluarkan aroma yang boleh menenangkan fikiran.

Buah Pelaga

Nama saintifik buah pelaga ialah elleteria cardamomum.  Buah pelaga merupakan rempah utama dalam masakan masyarakat arab.  Dari segi perubatan, buah pelaga dikatakan dapat mengurangkan bau nafas, melegakan asid dalam perut, mengurangkan asma dan membantu menyingkir toksid dalam badan.  Caranya ialah dengan mengunyah buah pelaga atau meminum air rebusan buah pelaga.

Bunga Lawang

Bunga lawang dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai illicium verum hooker fil. Ia mempunyai 8 kelopak dan berbau harum. Boleh juga dijadikan hiasan di dapur untuk memberi aroma persekitaran yang wangi sebab ia mampu menyahkan bau yang kurang menyenangkan.  Dari segi perubatan, bunga lawang dikatakan boleh membuang angin dalam perut dan mengurangkan sakit sendi.  Caranya ialah dengan meminum air rebusan bunga lawang.

Bunga Cengkih

Dikatakan berasal daripada Pulau Maluku. Eugenia aromatica merupakan nama saintifik bagi bunga cengkih.  Pembiakannya adalah melalui penanaman benih.  Rasanya sedikit pahit, kelat, berangin dan pedas.  Ia dikatakan boleh menghilangkan bau nafas, sakit gigi, jantung, penglihatan dan boleh membantu menajamkan fikiran.  Caranya ialah dengan mengamalkan kunyah 10 biji bunga cengkih setiap pagi.

Menarikkan?..Agaknya orang dulu-dulu mengamalkan cara-cara ini dalam kehidupan mereka sebab tu jarang dengar orang lama-lama yang mendapat pelbagai jenis penyakit berbanding dengan orang sekarang.  

Jom kita cuba amalkan mana yang sesuai......

9 Comments

  1. salams ila,

    habit saya kalau ada dalam masakan kulit kayu manis & adik beradiknya tu...suka gigit & kunyah....hikssss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Kalau takde kurang ummph masakan tu... Jadi wajib ada.

    ReplyDelete
  3. suka bau rempah tu tapi kalau tergigit.. hehehe.. terus jadi tak suka..

    ReplyDelete
  4. bini saya suka kunyah benda ni

    ReplyDelete
  5. 4 sekawan ni sentiasa ada dlm laci umah aida.
    penting!
    masak memasak :)
    tq for sharing...

    ReplyDelete