Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah kembali lagi. Di Kedah dan beberapa negeri lain dah pun mula bercuti hari ini. Negeri-negeri lain bermula esok. Anak-anak aku dah mula menyusun aktiviti sendiri selama seminggu ni....tunggu si abang balik esok pulak. Ntah apa yang diplan aku pun tak tahu. 

Cuti sekolah kembali lagi, cuti sekolah september


Ke mana korang cuti-cuti ni? Kami takde plan ke mana. Abang irfan nak PT3 lagi sebulan. Dok rumah je la. Lagipun minggu depan dan raya haji. Kemas rumah luar dan dalam, main masak-masak la apa lagi. Aku pun tak bercuti panjang, tunggu raya haji je nanti baru ambil cuti.

Biasanya bila cuti sekolah, jalan memang penuh dengan kenderaan, so korang yang bercadang nak berjalan-jalan tu silalah buat perancangan awal supaya tidak tersangkut dalam kesesakan jalanraya.

Cuti sekolah kembali lagi, cuti sekolah september


Kad jemputan kenduri pun dan berkeping-keping sampai di tangan. Mana yang sempat sampai, kami pergi...mana yang tak sempat tu in sha Allah lain kali. Ramai yang menjadi raja sehari sepanjang cuti sekolah ni.

Hari ni kalau sempat, bolehlah akak bw rumah kawan-kawan.....tunggu yer....

1 Comments

  1. Musim cuti sekolah memang ramainorg lahwin.. Dah start cuti sekolah ye, untungnya bdk sekolah.. Hehe

    ReplyDelete