3 Negeri di Utara Diserang Wabak Anjing Gila

Friday, September 18, 2015

Wabak anjing gila

Assalamualaikum wbt

Malam tadi baru tau tentang ni.
Huh...macam-macam wabak sekarang ni.
Tapi memang tak di nafikan, aku selalu jumpa anjing-anjing tak bertuan ni berkeliaran samada di pekan atau di taman-taman perumahan. Memang kena ambil tindakan segera lah. 

Serangan wabak anjing gila, 3 negeri di utara

Penduduk di 3 negeri di utara ni kenalah berhati-hati yer. Kalau ternampak anjing-anjing tak bertuan ni, segeralah jauhkan diri. Takut berlaku kejadian tidak diingini. Sedikit perkongsian info yang aku perolehi.

Penyakit Anjing Gila :

Juga dikenali sebagai Rabies
 
Agen Penyebab : Virus Rabies
 
* Boleh menyebabkan gangguan pada susunan saraf pusat
* Selain dari anjing binatang (Liar) lain juga boleh menjadi pembawa kepada penyakit ini antaranya kera, kelawar DLL
 
Tempoh Pengeraman :
- 10 hari - 7 bulan
 
Tanda dan Gejala :
  • demam ringan, sakit kepala, tiada selera makan, lemah, mual, muntah, sakit pada tempat gigitan.
  • gejala diatas akan berlaku dengan cepat dan diikuti dengan tubuh menjadi kaku, kejang otot pernafasan
  • boleh menyebabkan kematian

Rawatan
- imunisasi pasif dengan memberi serum anti rabies. iminisasi boleh diberikan untuk mencegah dari terkena penyakit ini.
Pencegahan
  • Elakkan dari digigit binatang liar
  • Jika digigit - terus berjumpa Pegawai Perubatan
  • Lakukan sampel dan pemeriksaan laboratorik terhadap haiwan yang di syaki dijangkiti.
 
_________________________________

Artikel Berkaitan

Sumber Utusan Malaysia (03/04/2005)


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook