Ribut Di Utara

Tuesday, August 18, 2015

Ribut Melanda Utara

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ni dalam 2 minggu lepas, ada kejadian ribut berlaku di utara tanahair. Memang hari tu hujan sangat-sangat lebat disertai dengan angin yang agak kuat. Tak sangka pulak berlaku juga kejadian ribut kecil pada hari berkenaan di beberapa tempat termasuk kampung mertua di Bagan Serai. Rumah mertua pun terlibat sama, mujur tak kena teruk. Ada sebatang dua pokok di belakang yang tumbang dan beberapa keping zing rumah yang tercabut. Syukur mertua selamat. Nasib baik juga pada masa kejadian adik ipar ada di rumah mertua.

ribut kecil di bagan serai

Pokok tumbang di belakang rumah. Mujur jauh sedikit daripada rumah dapur.

ribut kecil di bagan serai

Zink bumbung depan rumah yang tercabut.  2 keping tercabut. Satu jatuh kat depan rumah, satu lagi hilang terbang entah ke mana.

ribut kecil di bagan serai

Bahagian yang terlibat. Anjung rumah. Habis basah bahagian anjung sementara tunggu bumbung dibaiki sebab ada beberapa kali lagi hujan turun waktu petang dan malam.

Khabarnya,beberapa kawasan di Bagan Serai dan Parit Buntar juga mengalami situasi yang sama. Apapun syukur sebab semua selamat. Cuaca sekarang memang tak menentu....berdoalah semoga kita sentiasa di bawah peliharaanNYA.

You Might Also Like

4 comments

  1. sampai tercabut bumbung..takutnya.

    ReplyDelete
  2. Takutnya. Syukur mertua tak apa2.... #klik2Nuff.

    ReplyDelete
  3. ish3.. semoga semuanya selamat.. follow sini..


    Entry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"


    Join GA ni "Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015"

    ReplyDelete
  4. kesiannya..moga dipermudahkan la segala urusan mereka kan...kesian betul...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook