Tips memandu ketika hujan


Assalamualaikum

Hari ni hujan lebat sepanjang jalan ke pejabat.  Hujan dari rumah lagi. Kena lebih berhati-hati sebab nak memandu di dua kawasan sekolah. Bila hujan memang jumlah kenderaan atas jalan akan bertambah sebab ramai yang terpaksa berkereta ke tempat kerja.

Bila hujan lebat, aku memang kena beringat lebih sebab ada satu area di Seberang Jaya yang pasti akan naik air kalau hujan lebat melebihi sejam. Kena alert memandu di kawasan air naik. Seram jugak takut engin mati. Pernah jadi sekali masa meredah banjir tapi dah lama dah, masa baru anak satu...hehe

Tips memandu ketika hujan :

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan steering, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.
tips memandu ketika hujan
gambar google

3. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, akan mengundang bencana pulak.
4. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.
5. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.
6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
Terima kasih pada yang berkongsi info ini. Ini antara yang boleh kita beri perhatian ketika memandu di dalam hujan atau kawasan yang dinaiki air.




0 Comments