Nota Ringkas Daripada Cititel MidValley

Tuesday, August 18, 2015

Nota ringkas

Assalamualaikum wbt

Minggu lepas aku dihantar menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Memang la aku tak gemar sungguh bila kena outstation sorang-sorang, 3 hari pulak tu. Bila dapat jadual mulalah susun kawan-kawan yang boleh jumpa mengisi masa senggang. 

Aku menginap di Cititel MidValley bersama-sama dengan beberapa rakan dari negeri berbeza. Banyak tempat shopping mata kan di Mid Valley...harus ada kawan-kawan sekali. Mujur poket tak berapa nak berisi tengah-tengah bulan...selamat budget aku.

Cititel bukan lah hotel yang baru...dah lama dah. Tapi kalau korang datang untuk kerja atau ada business appointment boleh la stay sini. Selain daripada dekat dengan tempat shopping mata dan poket, ada juga restoran-restoran makan yang sesuai untuk korang buat discussion atau business deal selain daripada jumpa kawan-kawan sembang macam-macam.

cititel midvalley

Biliknya pun tak la besar mana. Aku ambil bilik superior jer. Tips untuk korang - booking terus dalam websites hotel, harga lebih murah dari booking melalui agent ataupun call. Beza la jugak 20-30 ringgit..banyak tu kalau 2,3 malam.

Dalam banyak-banyak hotel yang pernah aku tinggal, kat sini pertama kali aku dapat nota daripada staff yang datang bersihkan bilik. Siap ada origami lagi disertakan. Tabiklah kat depa. Bukan nota apa pun, sekadar bagitau bilik dah bersih, terima kasih kerana memilih cititel dan sekiranya ada apa-apa keperluan sila hubungi housekeeping. Nota bertulis tangan. Tak kira la siapa petugasnya - tempatan atau warga asing, yang penting cara mereka hargai pelanggan.

cititel midvalley

Terima kasih !!!

You Might Also Like

4 comments

  1. a,ah kalau book online besenya lagi murah dari book direct kt hotel..

    ReplyDelete
  2. cantik origami tu. Bawak balik tak?

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook