Korek Sana Korek Sini Tutup Jalan

Monday, August 17, 2015

Penutupan Jalan di Bayan Lepas

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi dapat berita ramai rakan taulan saudara mara yang tersangkut ke tempat kerja di Bayan Lepas, Pulau Pinang disebabkan penutupan Jalan Tun Dr Lim Chong Eu. Ramai juga anak-anak yang terlewat sampai ke sekolah dan tak kurang juga yang tersangkut perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, sampai terlepas flight.
Kesian betul bila jadi begini. Penutupan jalan disebabkan kerja-kerja naiktaraf lebuhraya Bayan Lepas.

Laluan alternatif yang disediakan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Ye la, area tu penuh dengan kawasan industri, pejabat dan sekolah. Pagi-pagi dah tentu sesak sesangat.

Aku share info berkaitan penutupan jalan dan laluan alternatif yang boleh digunakan sekiranya korang berada di tempat kejadian. 

Harap dapat membantu!!

penutupan jalan di Bayan Lepas, Pulau Pinang

You Might Also Like

5 comments

  1. kene amek tahu ni..kang ada lak yg kene patah balik,.kan?

    ReplyDelete
  2. Jalan alternatif pun tak dapat tampung trafik yang pack tu. Semoga bersabar sesiapa yang terlibat.

    ReplyDelete
  3. Oooo...sedang dibaik-pulih rupanya.

    ReplyDelete
  4. Oooo...sedang dibaik-pulih rupanya.

    ReplyDelete
  5. ooo,... Kena hati-hati ni bila pi penang terutamanya nak ke airport.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook