Kawan Lama Jangan Dilupakan

Wednesday, August 05, 2015

Jumpa kawan lama

Assalamualaikum

Baru-baru ni kami ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga.  Sambil-sambil tu ambil kesempatan berjumpa kawan-kawan lama. Tak dirancang, sebab takut tak jadi. Kami hanya menghubungi antara satu sama lain bila dah berada di kawasan yang sama.  
Gembira tak terhingga bila akhirnya dapat berjumpa dengan kawan lama ketika di usm dulu. Hampir 20 tahun tidak berjumpa, kebelakangan ni saja dapat berhubungi melalui fb dan wasap. Anak-anak masing-masing pun dah besar. 

Perjalanan seharian tak rasa penat pun sebab dapat penuhi setiap jadual yang ditetapkan. Bayangkan dapada Kulim - Rawang - Semenyih - Puchong - Sungai Buloh - Kulim, kalau saja-saja nak pergi memang tidak la.  Nasib baik boleh bergilir memandu jadi boleh la bagi rehat sama-sama. 

kawan lama jangan dilupakan

Sempat juga memenuhi undangan rumah terbuka x-roomate masa belajar dulu di Sungai Buloh. Bila dah berjumpa memang selalu lambat tekan brek. Plan  nak sembang sejam terlajak sampai 2 jam. Mujur dapat hubby yang sporting, dah faham dengan perangai aku ni. Kawan-kawan aku pun dah jadi family group dah. Selain berhubung melalui wasap, bila berkesempatan memang kami berjumpa tak kira di mana. Harap ukhuwah berpanjangan.

Minggu ni apa plan pulak?....


You Might Also Like

2 comments

  1. erm tak sempat juga ye azie dipertemukan kita walau dah sampai ke rawang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye la ana...nak jumpa adik2 efg pun tak sempat ....in sya ALLAH pasti jumpa jugak nanti..

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook