Assalamualaikum wbt

Bila hujung minggu selalu entry aku kelaut. Entah ke mana. Susah betul nak kekalkan momentum hujung minggu. Nak buat schedule entry idea hilang entah kemana. Kadang-kadang memang tetiba rasa macam tak tahu nak tulis apa. Korang pernah rasa macam tu tak?

Pagi ni bila tengok muka depan blog nampak walaupun aku tak update hujung minggu tapi ada juga yang sudi menjengokkan muka kat blog aku yang tak seberapa tu. Dalam diam tak diam rupanya dah semakin hampir ke angka 100 ribu pageview.  Kalau ikutkan bukan satu peningkatan yang drastik. Biasa-biasa ajer. Bak kata otai-otai blogger, yang penting korang kena update, kena rajin blogwalking kat rumah orang, kena rajin share, kena tetapkan niche korang.


jauhnya perjalanan

Pageview setakat pagi ni.....dah tak jauh dah. Nak kena buat GA ke nih?..
Sedang difikirkan sebab agak sibuk sekarang ni takut tak tertengok pulak nanti.


jauhnya perjalanan

Berblog sejak 2019. Tengoklah entry dulu-dulu ada berapa ketul je. Asal berblog adalah untuk sharing info berkaitan hasil jahitan manik. Masa tu giler betul menjahit manik. Sampai tak tidur malam pun ada, tapi hasilnya memang memuaskan. Tapi sekarang minat yang satu tu dah ke laut memandangkan kekangan masa untuk kerja , family dan diri sendiri. Minat menulis tetap tak pernah padam so blog aku teruskan dengan info pelbagai. Banyaknya berkisar tentang keluarga.  Berkawan dengan otai-otai blog buatkan semangat menulis tu makin bertambah. Selagi ada korang yang masuk ke sini, selagi tu la aku akan menulis dan berkongsi......


2 Comments

  1. selamat pagi.. semoga istiqamah update. nak tahu entry manik-manik :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...kena belek entry lama-lama banyak contoh manik-manik hehe

      Delete