Asingkan Kalau Korang Sayangkan keluarga

Thursday, August 20, 2015

Kempen kesihatan

Assalamualaikum wbt

Ada kawan hantar info berkaitan kempen mengasingkan sisa pepejal.  Apa yang dimaksudkan dengan kempen pengasingan ini? Apa yang perlu diasingkan?

Kempen ini melibatkan bahan-bahan pepejal yang kita buang samada perlu buang terus atau boleh dikitar semula. Lebih kurang macam kempen kitar semula dulu, isi barang yang tidak diperlukan di dalam tong yang disediakan.

Tapi kali ni, kena asingkan barang yang perlu dibuang terus dan yang boleh dikitar semula. Masuk dalam plastik sampah dan letakkan ditepi tong sampah supaya mudah untuk dikutip dan asing.

Pengasingan sisa pepejal ini diwajibkan di semua premis di negeri-negeri yang terlibat bermula 1 September 2015 ini. Negeri-negeri tersebut ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis.


kitar semula sisa pepejal

kitar semula sisa pepejal


Negeri-negeri yang tak terlibat pun boleh ajer buat perkara yang sama. Sekurang-kurangnya barang-barang yang boleh dikitar semula, boleh diambil tindakan sewajarkan oleh pihak yang terlibat.  Negarapun akan lebih bersih dan indah.

Aku memang dah amalkan konsep ini. Kalau ada barang-barang yang boleh dikitar semula, kami akan asingkan dalam plastik yang lain dan letak ditepi tong sampah pada hari kutipan sampah. Senang kerja mereka yang mengutip sampah.

Jom kita sokong dan amalkan!!!

You Might Also Like

8 comments

  1. Bagusentri kak zie ni ..Mula2 Lya tgk tajuk ingat nak asingkan apa .,.Semangat gak nak baca bila tgk tajuk kak zie ni..Wah makin mantap tajuknya Kak zie..terbaik laaa..Semoga terus maju dalam berblogging akak..Lya suport !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lya..harap terus bersemangat...

      Delete
  2. bagus ada kempen camni..kena la kita sokong

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ikut la mana yang baik kan

      Delete
  3. nice sharing kak zi..smbil baca ummul klik2 nuffnang..

    ReplyDelete
  4. bagus sharing ni....kadang-kadang nak cepat..xsempat nk asingkan

    ReplyDelete
  5. Apabila terpandang post ini mengingatkan apa yang sedang kami telah laksanakan sekarang di Sendai, Jepun. Perkara yang baik dan sepatutnya diterima dengan senang oleh semua pihak. Peringkat awal sememangnya merasakan sedikit sukar. InsyaAllah lama kelamaan semua orang akan dapat menerima ia dengan baik. Jemputlah singgah di http://travelogisma.blogspot.jp/

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook