365 hari...Dah boleh pandai memasak

Monday, August 10, 2015

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang buntu tak tahu nak masak apa. Biasanya hujung minggu masa untuk mencuba resepi-resepi baru. Itupun kalau berkesempatan dan kalau ada kat rumah. Kalau dok plan merayap, memang takde la jugak jawapnya.

Sebagai ibu bekerja seboleh mungkin cuba untuk sediakan juadah makan untuk keluarga. Kadang-kadang menjadi tapi selalunya ke kedai jugak aku.  Tambah penat kalau bahan nak masak tu tak cukup, kena pulak keluar ke kedai beli apa yang patut. Tapi biasanya aku masak mengikut apa stok yang ada. Kalau sempat plan untuk seminggu, biasanya memang barang dah siap ada kecuali tiba-tiba tertukar menu.

Untuk korang yang terfikir-fikir jugak nak masak apa, selain daripada men google resepi-resepi mudah, apa kata korang dapatkan buku 1 Hari 1 Resepi, tunjuk ajar daripada Chef Hanieliza. Cukup 365 hari resepi dia.  

365 hari resepi istimewa chef hanieliza


Buku ni dah lama ada dalam simpanan. Tidaklah menengok hari-hari, bila teringin nak ubah selera aku tengok la resepi-resepi mana yang mudah. Kadang-kadang bukan follow 100% pun. Cukup sekadar tau bahan-bahannya, sukatan buat sendiri mengikut banyak mana korang nak masak.

365 hari resepi istimewa chef hanieliza



Ada lagi beberapa buah buku yang jadi koleksi...suka tengok gambar-gambar masakan..


You Might Also Like

6 comments

  1. janji dapur berasap kan.. yoorin pon kadang masak campak2 je.. ni ada buku resipi macam ni, xde laa lack of idea nak masak.. sebab bila xde idea jadi malas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yoorin...janji berasap...kalau anak-anak ada rumah memang kena plan nak masak apa.

      Delete
  2. Saya sendiri pun pernah try resipi dalam buku ni.. cari yang simple jer.. anak-anak pun suka..

    ReplyDelete
  3. saya suka yang ada step by step, part paling sukar nak tau bila kah bahan tu consider dah masak..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook