Motivasi mudah

Assalamualaikum

Kalau gaduh dengan pelanggan
Walaupun kita menang
Pelanggan tetap akan lari

Kalau gaduh dengan rakan sekerja
Walaupun kita menang
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan

Kalau gaduh dengan boss
Walaupun kita menang
Tiada lagi masa hadapan di tempat iru

Kalau gaduh dengan keluarga
Walaupun kita menang
Hubungan kekeluargaan akan renggang

Kalau gaduh dengan guru
Walaupun kita menang
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan
Walaupun kita menang
Perasaan sayang pasti akan berkurangan

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun
Walaupun kita menang
Kita sebenarnya tetap kalah
Yang menang, hanyalah ego diri sendiri

Aku dapat daripada kawan tadi.
Menarik untuk direnung, dibaca berulangkali dan dihadamkan maksud yang tersirat.  Ianya berlaku disekeliling kita. Tapi dek kerana ego yang tinggi, kita tewas, ditewaskan oleh ego sendiri. Berhati-hatilah dalam setiap tindakan.  



8 Comments

  1. betul tu dan bagus untuk renungan. Menang tapi kalah.... Biarlah mengalah/ memafkan asalkan tidak hilang atau kurang.

    ReplyDelete
  2. mendalam maksud kata-kata nie. Bergaduh hanya akan menjatuhkan kita, Dan mengalah bukan bermakna kita kalah.

    ReplyDelete
  3. Betul. Walaupun zahirnya kita nampak menang, yang tersiratnya kita kalah. Rugi untuk jangka masa panjang

    ReplyDelete
  4. #jangan cari gaduh, baik cari kawan biar ramai lagi bagus.

    ReplyDelete
  5. dapat juga minggu lepas ... dalam whatsapp

    ReplyDelete