Vitamin C terbaik

Assalamualaikum

Bulan ramadhan yang baru ni, ramai kawan-kawan yang update pasal buah kiwi ni.  Aku memang peminat buah ni tapi tak berpeluang dapat yang free sementelah dok jauh di utara. Tak per, minat punye pasal aku beli sendiri jer.

Biasanya beli kiwi isi hijau tapi kali ni cuba yang isi kuning. SEdapppppp wei!!!!
Manis dan berganda-ganda bekalan vitamin C berbanding dengan buah oren.  Anak-anak tak berapa suka makan begitu ajer. Tuah badan la boleh makan kongsi ngan en hubby.


vitamin c berganda-ganda dengan sungold

Satu bekas ni ada 6 biji..tak kecil..tak besar ...yang sedang-sedang saja.  Sebiji makan pun puas.  Potong-potong nampak cantik jer untuk ditelan.  

vitamin c berganda-ganda dengan sungold

Tapi mak ngan ayah ni tak tergamak la telan buah ni berdua. Buatkan ice blended kiwi. Sedap tak terkata..sejuk...masam manis rasanya. Guna 3 biji ajer zespri sungold ni tambah dengan sedikit yogurt dan ice, terus blend halus.

vitamin c berganda-ganda dengan sungold

Sekarang ni ice blended ke, lassi ke..semua kami buat sendiri jer. Puashati. Boleh tambah-tambah. Tak susah nak buat ice blended atau pun lassi, ada buah-buahan yang sesuai, yogurt minuman dan ice, tak lupa jugak mesin pengisar. 

Jom cuba!!

0 Comments