Pengetahuan am

Assalamualaikum

Bila weekend, update entry pun ke laut. Bila nak berubah?

Nak cerita pasal petang semalam.  Aku dan hubby menjengok anak teruna di sekolah, rutin biasa hujung minggu. Hubby pulak tak berapa sihat, jadi aku yang jadi mak supir.  Dalam perjalanan balik, tetiba ternampak meter temperature kereta terpacak naik...aduh kenapa pulak kereta ni. Parking ke tepi, bagitau kat hubby. Kali kedua kejadian untuk kereta ni dan kali pertama aku lalui situasi ini. 

Kereta lama dah hampir 11 tahun, macam-macam nak jadi....redha, belum masanya bertukar kenderaan sekarang ni.  Hubby kata ada sedikit masalah dengan saluran air, so buat mana yang boleh dulu supaya kereta boleh bergerak sampai rumah. 

Berkongsi sedikit info asas yang perlu kita tahu tentang kereta, tambah-tambah pemandu wanita.

1. Minyak: segala minyak kereta kita, tak kira minyak hitam, merah, mesti kena ambil kisah. cek setiap sebulan sekali atau jika ingin memulakan perjalanan jauh. Yang ni selalunya tugas en hubby, yang aku ambik kisah sangat ialah isi tangki minyak.

2. Air: anda tahu apa fungsi air dekat engine kereta anda? air bertindak sebagai coolant engine, bila dah lama2 bawa kereta, engine akan panas kan, jadi, air akan menyejukkan engine. air bertindak sejajar dengan kipas kereta. Bila kipas kereta tak berfungsi, air akan cepat kering, menjadikan engine akan berasap. ini akan menyebabkan anda perlu tunggu engine kereta sejuk dahulu, baru boleh bawa semula. 
Kejadian kereta aku semalam berkait dengan air. 

3. Tayar: anda tahu bila tayar anda tak cukup angin?  Biasanya di tepi pintu kereta atau dalam dashboard depan ada dilekatkan info tentang setting angin yang perlu untuk tayar kenderaan anda. 

Selain daripada 3 info di atas, perlu juga tahu hal-hal lain yang berkaitan dengan kenderaan anda. Penting terutama yang memang setiap hari memandu kenderaan samada ke pejabat atau ke mana-mana atas pelbagai urusan.


4 Comments

  1. Kalau bab kereta memang serah 100% kepada suami. hehe.. Selalu encik suami berleter sebab tak mau ambik tau pasal kereta... Dia kata kena ambik tau juga sebab takut jadi apa2 di tengah jalan. Tapi still malas.. hehe

    ReplyDelete
  2. ni la perempuan, pandai naik kereta jer tapi bab kereta..hehe sama dengan dayah, sampai kena marah pun tak reti-reti nak insaf lagi.. T_T

    ReplyDelete