Pengorbanan itu sesuatu yang istimewa

Wednesday, July 29, 2015

Pengorbanan yang tidak ternilai

Assalamualaikum

Dalam perjalanan ke pejabat tadi aku biasanya bertemankan siaran Sinar. Pagi ni, antara slot yang ada ialah temubual bersama dengan En Reza, bapa kepada 3 orang anak yang menjadi viral semasa hari raya tempohari kerana membawa anak-anaknya dengan motosikal daripada Penang ke Sepang.

Semasa kisah beliau diviralkan di media sosial, macam-macam versi yang ada. Ada yang berkongsi kesedihan tak kurang juga yang mengeji. Biasa tu ramai orang macam-macam la pendapatnya.

Bila dengar kisah sebenarnya, barulah kita tahu duduk perkara perngorbanan seorang bapa yang tiada nilainya.  Bapa ini bekerja di Penang dan anak-anak dipelihara oleh orang tuanya di Sepang.  Biasanya beliau hanya balik seorang diri atau sesekali anak yang keduanya turut serta...tapi ini adalah kali pertama beliau membawa kesemua anak-anaknya bersama. Kenapa?...Pada pagi beliau nak pulang ke Penang, anak-anaknya terjaga daripada tidur dan merayu untuk ikut sekali.  Hati bapa yang nak bergerak jauh terasa sayu dengan permintaan anak-anak. Hati jadi tak keruan, bagaimana nak pulang bekerja?...Lantas mengambil keputusan membawa anak-anak bersama. Berserah pada yang maha kuasa agar perjalanan dipermudahkan. Berbekalkan hanya RM50, beliau dan anak-anak menempuh perjalanan dari jam 6 pagi dan tiba pada jam 10 malam. Penat tapi bahagia. Anak-anak gembira dan ayah boleh kembali bekerja dengan aman tenteram.

pengorbanan en reza membawa 3 orang anak bermotosikal


Itulah kisahnya. Beliau bukan meminta simpati tapi beliau lakukan demi kasih sayang pada amanah yang dipertanggungjawapkan kepada beliau. Korang jangan lah salah anggap tindakan yang beliau ambil. Kalau kita berada di tempat beliau pun mungkin perkara yang sama akan kita lakukan. Begitulah tebalnya kasih sayang seorang bapa.

Mungkin kita sendiri pernah mengalami situasi begini, terpaksa membuat keputusan drastik demi kasih dan sayang pada insan-insan di sisi kita.  Mendengar kisah beliau, menjadikan diri insaf. Setiap orang diberi ujian berbeza, kitalah yang perlu tahu bagaimana untuk menangani ujian yang diberi. Tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian. Syukurlah di atas setiap nikmat walaupun sekecil kuman yang diberi kepada kita, yang penting kebahagiaan dan kesejahteraan kita dan keluarga tersayang.

Sayangilah keluarga kita....

Emo pulak aku pagi-pagi ni......

You Might Also Like

4 comments

  1. serius rasa nk menangis baca, masa dorg viral di FB pun, rara sedih gila, bila kita rasa kita susah, ada org lain lagi susah dari kita.

    ReplyDelete
  2. emo jugak... bukan semua bapa boleh lakukan seperti dia.
    #Click2Nuff

    ReplyDelete
  3. Sedih baca kisha ni tapi kagum dengan dengan ayah mereka yang sanggup berkorban untuk anak anak

    ReplyDelete
  4. daddy.. always a hero... true hero

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook