Mencari yang sempurna

Monday, July 27, 2015

Gaya bertudung

Assalamualaikum

Kemeriahan sambutan hari raya masih lagi terasa terutama bila hujung minggu. Jemputan mengunjungi rumah terbuka berderet-deret tapi bukan kami la. Tak banyak jemputan rumah terbuka tahun ni, kawan-kawan lebih kepada konsep, korang datang jer la....

Sama macam kami, kalau ada sesiapa nak datang, datang je. Kalau bagitau awal, boleh la sediakan apa yang patut tapi kalau sampai tiba-tiba, maka hidangan pun tiba-tiba aje la....apa yang ada. Setakat hari ni kuih raya ada lagi berbaki. Kalau habis, boleh buat lain, ada lagi saki baki bahan biskut raya yang boleh diadunkan, maklumlah tahun ni kuih raya buat sendiri.

Bukan nak cerita pasal kuih raya, nak cerita lain.
Korang perasan tak sekarang ni macam-macam fesyen bertudung yang ada.  Muncul satu gaya maka jadi ikutan la lepas tu. Kadang-kadang pening jugak tengokkan pelbagai fesyen yang muncul. Apa sekalipun, yang penting aurat ditutup sempurna. Pada aku, yang mudah, cepat dan kemas tanpa meninggalkan tuntutan agama itulah yang menjadi pilihan.

Mengapa Islam menuntut muslimah bertudung?

Tuntutan agama Islam yang suci :
Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari

gaya bertudung
gambar google


Lebih cerdik,selesa dan sihat :
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala

gaya bertudung
gambar google


Lebih sopan dan manis :
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. 

Walau apapun gaya bertudung yang korang pakai, yang penting aurat dijaga sempurna seperti yang dituntut ke atas setiap orang muslimah. 

#artikel ini diambil daripada syafiqabdullah.blogspot.com. terima kasih atas perkongsian

You Might Also Like

4 comments

  1. comey je pakai tudung.. :)

    ReplyDelete
  2. dah la comey, cantik pulak tu..yang penting memenuhi syariat islam =)

    ReplyDelete
  3. Cantik. Nanti pakai mai opis....

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook