Kuih tradisional - inang inang

Assalamualaikum

Bila raya macam-macam jenis kuih kita jumpa. Yang baru yang lama, semua ada.  Berhari raya di bandar, banyak jumpa kuih moden, bila balik kampung jumpa edisi kuih-kuih tradisional lama. Kat Melaka baru ni aku jumpa inang inang. Korang tau tak apa inang inang? Bukan inang di istana yer.

Inang-inang ni sejenis makanan ringan yang berasal dari Melaka. Khabarnya, nama inang-inang ini diambil daripada gelaran mak inang di istana yang mengasuh anak-anak raja Melaka.  Ianya diperbuat daripada beras pulut, garam dan sedikit pewarna. Beras pulut akan direndam selama 2 hari dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.  Semasa mengukus, pewarna akan dicampurkan. Tujuannya untuk tambah menarik lagi kuih ini. Inang-inang akan dibentuk menjadi bulat dengan menggunakan acuan dan kemudiannya dijemur sehingga kering.

kuih tradisional inang-inang


Bila nak makan, gorengkan dalam minyak yang panas. Rasanya tawar kemasinan sedikit. Di Melaka, korang boleh jumpa inang-inang ini dijual di kedai-kedai tepi jalan ataupun di tempat-tempat tumpuan pelancong. Malah di pasaraya pun kadang-kadang ada dijual. Sedap dihidang untuk minum petang ataupun kudap-kudap semasa menonton tv.

kuih tradisional inang-inang


8 Comments

  1. salams aidilfiri:)
    lamanya akak tak makan inang ni...org jawa panggil renginang....rasanya last makan zaman kecik2 dulu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...ada nama lain yer...balik melaka baru jumpa inang-inang ni hehe

      Delete
  2. di sabah kena panggil gipang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini ada jug bipang tapi yang tu manis punye.

      Delete
    2. kat sini ada jug bipang tapi yang tu manis punye.

      Delete
  3. sy dr kecik panggil kuih gepang...the bile kt matriks londang tahun 2001, ajak member org melaka gi carik..pening die sebab x penah dengar..last2 kena gelak sbb org melaka panggil inang-inang :-) sedap mkn ngan gula..xpun ngan sos...janji dpt :-)

    ReplyDelete