Imperial Heritage Hotel Melaka

Friday, July 24, 2015

Hotel Baru di Melaka

Assalamualaikum

Baru ni balik Melaka berhari raya, sambil jalan raya sambil meronda bandar Melaka. Kali ni, jalan tak sendat sangat seperti kebiasaan cuti. Mungkin cuti perayaan yang tak berapa panjang. Tapi dalam tak sendat tu pun jem tetap jem, tambah-tambah di Bandar Hilir dan Air Keroh. 

Area Bandar Hilir banyak sangat bangunan baru yang dibangunkan. Setiap kali balik mesti ada hotel-hotel budget yang tumbuh bak cendawan.  Makin ramai la pelancong berkunjung.

Imperial Heritage Hotel, hotel baru di hadapan Dataran Pahlawan dan bersebelahan dengan Equatorial Hotel Melaka. Memang aku tunggu pembukaan hotel ni. Bukan sebab nak tumpang bermalam, tapi aku suka tengok. Berdiri depan bangunan hotel dan kau dongak ke atas.....cantik....terutama waktu malam.

hotel baru - imperial heritage hotel melaka

Tinggi kan..tapi tak pasti pulak aku ada berapa tingkat. Imperial Heritage Hotel, gambar aku ambil daripada tingkat 19 EQ. Walking distance jer hotel ni dengan tempat shopping, dataran pahlawan, Mahkota Parade. Walaupun ada beberapa hotel lain berdekatan tapi aku pasti hotel ni juga akan menjadi tumpuan pelancong, apatah lagi hotel baru.

Gambar-gambar di bawah ni aku ambil daripada website hotel dan agoda.

hotel baru - imperial heritage hotel melaka

Pintu masuk Imperial Heritage hotel. Lalu sebelah malam lagi cantik dengan lampu-lampu. Lupa pulak nak ambil gambar masa malam.

hotel baru - imperial heritage hotel melaka

Kolam mandi nampak kecil. Tak tahu la kalau ada lagi. Ni gambar daripada website.  Bila dah ramai-ramai turun nampak sendat.

hotel baru - imperial heritage hotel melaka

Kawasan lobby.  Aku tak masuk pun, takkan nak masuk sebab nak tengok je kan, kurang-kurang kena semalam..hehehe



hotel baru - imperial heritage hotel melaka

Salah satu bilik yang ada. Hotel baru, semua serba serbi baru. Nampak cantik.
Kalau korang ke Melaka, cubalah bermalam kat Imperial Heritage Hotel ni. Ni bukan iklan berbayar yer. Sekadar berkongsi benda baru di tanah tumpah darahku.


Bila berada di Melaka, rasa bangga sebab antara negeri yang cantik dan bersih dipandang mata walaupun banyak sangat trafik light sana sini.....

You Might Also Like

2 comments

  1. Hotel ni waktu malam cantik. Sebab banyak lampu. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...ralit tengok bila malam...

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook