Pertemuan Zuhrah dan Musytari

Assalamualaikum

Korang perasan tak malam tadi ada suatu yang istimewa berlaku di ruang angkasa ? Aku pun secara kebetulan ternampak selepas berbuka ketika berehat sebentar di luar rumah. Ternampak 2 butir cahaya yang sangat terang di ruang angkasa, hubby bagitau itulah planet zuhrah dan musytari. Mulanya tak berapa percaya tapi lepas terbaca di media sosial dan selepas kawan-kawan bertanya baru yakin ..ye betul aku nampak 2 planet tu dengan mata kasar.

Fenomena pertemuan antara 2 planet ini dikenali sebagai Fenomena Konjungsi (rujukan Falakonline.net)

Apa itu Konjungsi ?

Menurut sumber Falakonline, planet bergerak mengikut kelajuan masing-masing di angkara. Ada yang laju seperti Zuhrah dan ada yang bergerak lambat seperti Musytari.

Pandangan dari bumi, pergerakan planet-planet ini akan sentiasa berubah-ubah dan ada ketikanya, 2 buah objek sistem suria samada pasangan bulan dengan planet atau planet dengan planet, akan berada pada satu sudut pandangan yang sama, seolah-olah nampak dekat.

Kekerapan berlakunya fenomena ini tidak dapat dipastikan kerana ianya bergantung kepada kelajuan pergerakan planet-planet yang ada. Kali terakhir berlaku ialah pada 18 Ogos 2014, selepas subuh rendah di ufuk timur. 

Apa yang dapat dilihat malam tadi sesungguhnya sesuatu yang istimewa buat aku. 2 cahaya terang yang kelihatan, rupa-rupanya pertemuan Zuhrah dan Musytari.



Fenomena konjungsi Zuhrah dan musytari



2 Comments

  1. tak sempat tengok pun semalam

    ReplyDelete
  2. kitorg laki bini tgk ni smlm, tp xtau mende.. pagi ni baru tau, hehe~

    ReplyDelete