#Cabaran20Hari - Lagu Raya Pilihan

Tuesday, July 07, 2015

#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Dah masuk cabaran yang ke 11 hari ni. Cabaran yang dah mula berkisar tentang RAYA.

Apa lagu raya pilihan korang?

Selalunya lagu-lagu evergreen tetap disukai tak kira lapisan umur. Paling-paling aku terkesan dan ter emo pada Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar.

Lirik Lagu Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar


Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...



Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...



( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku



Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku


Bila masa pun kalau lagu ni ke udara, tengah bercakap pun aku akan berhenti...layan lagu dulu. Feel dia memang lain macam bila dengar lagu ni. Kalau korang hayati lirik dia, macam orang bercinta pulak kan. Tapi bergantung pada interpretasi masing-masing.



#cabaran20hari Lagu raya pilihan


Kenapa lagu ni ?

Lagu ni mengingatkan aku pada arwah mak. Mak suka warna biru. Mak suka sediakan baju warna biru untuk aku masa kanak-kanak. Mak suka pasang langsir biru bila sambut raya.
Sememangnya aku rindu pada arwah mak......hampir 19 tahun berlalu....moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiNYA.

Al fatihah untuk mak.....



You Might Also Like

4 comments

  1. samalah kita.. ;)
    suka sangat lagu ni, sanggup dengar berulang kali.. tak jemu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah jemu dengan lagu ni

      Delete
  2. yoorin tak ingat lagu ni.. bukak youtube baru tau lagu yg mana 1.. hee

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook