#Cabaran20Hari : Kuih Kegemaran di bulan puasa

Friday, July 03, 2015

#Cabaran20Hari

cabaran 7

Assalamualaikum

Hari ini masuk hari yang ke 15 umat Islam berpuasa. Kejap sangat dah separuh bulan. Lagu-lagu raya pun dah mula kedengaran di corong-corong radia. Kalau ke pasaraya, tak usah kata la....hari kedua pun dah berlagu raya.

Kali ini cabaran membawa tajuk kuih kegemaran di bulan puasa.  Apa yer kuih kegemaran?
En hubby suka makan kuih talam, lepat ataupun buah melaka.  Aku apa-apapun boleh, ikut rasa pada hari berkaitan.  Antaranya popia goreng, popia basah ataupun karipap. Anak-anak masih dengan murtabaknya. Eh!! murtabak tu kuih ke?

Setiap hari mesti ada hidangan kuih semasa berbuka. Tak perlu banyak, seorang sekeping pun dah cukup sebab kebiasaan kami akan berbuka dengan hidangan nasi.

Beli atau buat sendiri?
Bergantung pada masa yang ada. Kalau hari kerja biasanya, kami akan beli saja di pasar ramadhan. Kalau hari cuti dan sekiranya tidak banyak aktiviti aku lebih suka buat sendiri untuk hidangan keluarga, boleh juga  bagi kat jiran tetangga.

Aku share resepi lepat labu, antara kuih kegemaran kalau korang berminat untuk mencuba :

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula - boleh tambah ikut manis yang korang nak
1/2 sudu teh garam halus

Bahan B:
1/2 biji labu kuning - rebus agak lembek dan lenyek

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam
Daun pisang secukupnya - dilayur

cabaran20hari , efg

Langkah lanjut untuk penyediaannya, korang boleh rujuk SINI

Kisah #cabaran20hari yang lain :



You Might Also Like

2 comments

  1. sedapnya lepat labu..ni buat dayah lapar ni..haishhh puasa dayah puasa..hehe

    ReplyDelete
  2. besnye kak azi pandai buat kuih...

    **psstt: ade typo diatas.. hehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook