#Cabaran20hari

Assalamualaikum

Tajuk cabaran20hari kali ini ialah aktiviti di pagi raya.

Apa aktiviti aku?

Kalau dah bergelar ibu ni, aktiviti pagi-pagi hari banyak tertumpu di dapur menyiapkan hidangan pagi sebelum bergerak ke masjid menunaikan solat aidil fitri.  Hampir 16 tahun sambutan pagi raya aku ialah di rumah mak mertua. Bila dah di rumah mertua pandai-pandai la menyibukkan diri kan?...hehe

Biasanya pagi raya menu kami ialah nasi hasil masakan en hubby.  Tahun lepas kami pekena nasi arab...tahun ni tak tahu lagi. Rasa macam nak pas baton kat adik beradik lain untuk fikirkan.  Lepas makan, bersiap-siap la ke masjid. Aku di rumah aje sebab si kecil susah nak bawa ke sana. 

Balik masjid, sibuk-sibukkan diri menunggu semua ada untuk sesi bermaafan, bertukaran duit raya dan bergambar. Yang paling meriah ialah sesi bergambar. Terutama bila semua ada kat rumah. Memang riuh rendah dibuatnya nak mengumpulkan semua untuk bergambar bersama.

Lepas tu baru plan nak terjah rumah siapa dulu. Bila di kampung biasanya kami bergerak beramai-ramai baru meriah.

Hmmm...tak sabar pulak nak ulang semua ni tahun ni......

gambar google---tq







2 Comments